Default – Above Header Ads

Eksekutif Bank Pusat Eropah Memanggil Tindakan Penguatkuasaan yang Cepat Terhadap Libra

Ahli lembaga eksekutif Bank Pusat Eropah Benoit Coemenyatakan ure berkata bahawa penguatkuasa kewangan perlu bertindak dengan untuk bersedia menangani stablecoin Facebook, Libra, menurut laporan Bloomberg pada 7 Julai.

Menurut Bloomberg, Coeure menyatakan pada 6 Julai di Aix-en-Provence di selatan Perancis Bahawa membenarkan pembangunan perkhidmatan dan keals aset baru dalam ketiadaan pengawal seliaan adalah tidak bertanggungjawab. Dia menyimpulkan:

“Kami [penguatkuasa kewangan] perlu bertindak lebih cepat dari sebelum ini.”

Menurut Coeure, pembangunan aset digital telah mendedahkan jurang dalam pengawal seliaan kewangan masa kini, dan menekankan kadar penerimaan bank yang perlahan kepada teknologi baru.

“Semua projek ini adalah panggilan yang berguna untuk penguatkuasa dan pengawal selia, kerana ia menggalakkan kita untuk menaikkan beberapa persoalan dan menjadikan kita lebih terbuka untuk menambah baik cara kita membuat sesuatu.”

Pendekatan ECB secara am adalah dengan berhati-hati, dengan satu pegawai bank menjangka bahawa kripto akan berakhir menjadi “sesuatu yang tidak masuk akan” pada bulan Januari. Bank itu juga telah berbincang potensi kelebihan dan kekurangan matawang digital bank pusat.

Reaksi Coeure adalah selari dengan jangkaan Jeremy Allaire, pengasas bersama dan CEO syarikat pembayaran Circle. Dalam temubual bersama Bloomberg, Allaire menyatakan bahawa dia berharap Libra akan mencetus pembangunan polisi nasional berkenaan aset digital.

Minggu sebelum ini, Pengerusi Perkhidmatan Kewangan AS meminta Facebook dan rakan kongsinya untuk menghentikan pembangunan ke atas stablecoin Libra. Permintaan itu datang berikutan surat daripada pelbagai kumpulan advokasi, mendesak Kongres untuk implementasi moratorium.

Sumber:

https://cointelegraph.com/news/european-central-bank-exec-calls-for-fast-regulatory-action-regarding-libra

===

Jika anda mahu berdiskusi dan bertanya tentang bitcoin, matawang kripto (cryptocurrency) dan teknologi blockchain di Malaysia. Anda dijemput bersama-sama komuniti Bitcoin Malaya di FB dan @CoinDotMy di Telegram. Jangan lupa ikuti kami di Twitter dan Instagram!

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.

Default – Between Post Ads