Eksekutif MoneyGram Menjangka Ambil Alih Kripto Selepas Ujian Dalaman dengan Ripple dan XRP

Youri Bebic, ketua produk dan inovasi global MoneyGram, percaya bahawa “kemungkinan besar” matawang kripto melambangkan masa depan bagaimana orang ramai akan memindahkan wang merentasi sempadan.

MoneyGram mengumumkan kerjasama dengan Ripple pada tahun 2018 untuk menguji kebolehan aset digital untuk mengurangkan kos dan meningkatkan kelajuan pembayaran. Bebic memberitahu The Institute for Robotic Process Automation and AI bahawa keputusan ujian itu menunjukkan potensi meluas kripto dalam Dunia kewangan.

Bebic berkata rahsia tentang pengiriman wang antarabangsa adalah nilai sebenarnya tidak bergerak merentasi sempadan apabila seseorang menghantar wang ke luar negara. Sebaliknya, syarikat meletakkan dana dalam akaun bank dalam negara seluruh dunia untuk menguasakan industri pengiriman wang secara global.

“Kami membuat proof of concept dengan satu matawang kripto. Kami membuat sidang media supaya saya boleh menjawabnya. Itu dengan Ripple, di mana kami ingin melihat sama ada kami boleh menggunakan matawang kripto untuk kecairan dalam pasaran itu.

Kerana rahsia besar dengan pemindahan wang adalah wang itu Tidak bergerak. Wang itu sudah berada di situ. Kami meletakkan dana dalam akaun bank di seluruh dunia dan kami membuat pemindahan nilai. Tetapi jika saya menghantar wang dari sini ke Mexico dan secara literal, memindahkan wang itu secara fizikal pada waktu itu, ia akan mengambil masa yang sangat lama.”

Matawang kripto boleh mengubah status quo, menurut Bebic, dengan membuatnya berkebolehan untuk menghantar nilai merentasi sempadan dalam sekelip mata, tanpa perlu menggunakan akaun bank yang sudah diisi. Namun begitu, kecairan aset kripto adalah isu utama yang perlu diatasi.

“Jadi matawang kripto, jika mereka semua diskalakan, dan jika pasaran mempunyai kecairan, sememangnya membolehkan kita membuang pengisian fiat ke dalam akaun bank, dan apa yang kita panggil matawang biasa dalam sesebuah negara, dan kemudian menggunakan bursa pertukaran untuk menjual matawang kripto untuk mendapatkan matawang tempatan dan deposit ke dalam akaun bank atau memberinya dalam tunai kepada pengguna kami. Jadi, kami akan melihat lebih mendalam dalam itu. Kami sedang menjalankan ujian dan pilot.

Dan saya percaya ia Adalah mungkin untuk wang bergerak begini di masa hadapan. Masih terdapat lagi kekurangan dalam kecairan dan sesetengah pasaran lebih maju dari yang lain. Kami berurusan dengan banyak matawang eksotik…di Afrika, contohnya, di mana saya tidak nampak matawang kripto didagangkan dalam masa terdekat ini. Tetapi di banyak tempat lain, seperti di Eropah, di Asia, ia Adalah mungkin, dan jika ia berlaku, kami ingin terlibat dalamnya.”

Sumber:

https://dailyhodl.com/2019/06/09/moneygram-exec-predicts-crypto-takeover-after-internal-tests-with-ripple-and-xrp/

===

Jika anda mahu berdiskusi dan bertanya tentang bitcoin, matawang kripto (cryptocurrency) dan teknologi blockchain di Malaysia. Anda dijemput bersama-sama komuniti Bitcoin Malaya di FB dan @CoinDotMy di Telegram. Jangan lupa ikuti kami di Twitter dan Instagram!