Default – Above Header Ads

Elzar Mart Kini Menerima Bayan Token 

Sebuah pasar mini berkonsepkan ‘Selesa, Halal dan JImat’, Elzar Mart, yang terletak di Pinggiran Mutiara Gombak kini sudah menerima Bayan Token sebagai salah satu pilihan transaksi pembayaran. Hal ini kemungkinan besar menjadikan Elzar Mart sebagai pasar mini di luar talian (offline) pertama di Malaysia yang menerima matawang kripto sebagai kaedah pembayaran.

Elzar Mart diasaskan dan dimiliki oleh Dr. Zaharuddin Abdul Rahman, pakar kewangan Islam terkemuka di Malaysia. Ia ditubuhkan pada tahun 2016, dengan visi untuk  memperkukuh ekonomi umat Islam di samping membantu meringankan beban umat Islam dengan menjual barangan keperluan harian dengan harga yang sangat berpatutan.

Bayan Token adalah sejenis aset digital yang patuh Syariah. Kami pernah membuat review tentang Bayan Token di sini: Bayan Token, Token Utiliti Kripto yang Patuh Syariah.

Pelanggan yang berkunjung ke Elzar Mart boleh membuat pembayaran menggunakan Bayan Token dengan cara memindahkan Bayan Token milik mereka kepada dompet digital milik Elzar Mart. Fi transaksi sebanyak 10% akan dikenakan.

Langkah ini menjadikan Elzar Mart antara perniagaan yang terkehadapan dan progresif dalam mengaplikasikan teknologi terkini. Ia juga penting bagi mengubah persepsi segelintir umat Islam yang berpandangan semua aset digital sebagai haram, memandangkan Elzar Mart diusahakan sendiri oleh Dr. Zaharuddin.

Info lanjut tentang Elzar Mart boleh didapati di laman FB mereka di https://www.facebook.com/elzarmart/.

===

Jika anda mahu berdiskusi dan bertanya tentang bitcoin, matawang kripto (cryptocurrency) dan teknologi blockchain di Malaysia. Anda dijemput bersama-sama komuniti Bitcoin Malaya di FB dan @CoinDotMy di Telegram. Jangan lupa ikuti kami di Twitter dan Instagram!

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.