Default – Above Header Ads

Empat Bank Antarabangsa Selesaikan Transaksi Kertas Komersial Di Platform Corda R3

 

Sekumpulan bank antarabangsa dengan kerjasama firma perisian blockchain perusahaan R3 telah menyelesaikan transaksi kertas komersial secara langsung menggunakan platform blockchain Corda. Urus niaga ini dilaksanakan menerusi aplikasi Euro Debt Solution yang dibangunkan oleh R3, dengan syarikat perbankan dan kewangan Jerman, Commerzbank, bank korporat dan pelaburan Perancis, Natixis dan firma perkhidmatan kewangan Belanda, Rabobank sebagai peserta.

Dalam perjalanan proses transaksi tersebut, Natixis dilaporkan mengeluarkan 100,000 euro secara notional, sedangkan Rabobank bertindak sebagai pelabur dan ING sebagai agen penjual dan escrow. Commerzbank telah membangunkan rangka kerja projek ini, termasuklah perisian dan rangkaian lejar digital (DLT) bagi perdagangan, dan arahan mengenai implikasi peraturan.

Bank-bank juga telah membangunkan rangka kerja undang-undang bagi projek ini dengan kerjasama peguam luar Allen dan Overy. Marnix Bruning, ketua pasaran wang dan jualan bank pusat di ING dilaporkan berkata bahawa inisiatif ini “menandakan permulaan membina platform DLT lebih baik yang membolehkan penyelesaian langsung dan mengurangkan risiko operasi dan kos pada masa yang sama.”

Sumber:

https://www.finextra.com/newsarticle/33081/r3s-corda-to-the-fore-in-euro-debt-issuance-and-club-loan-markets

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.

Default – Between Post Ads