Default – Above Header Ads
Default – Below Header Ads

Enam Matawang Kripto Yang Mungkin Disokong Samsung Galaxy s10

 

Menurut pengumuman syarikat itu dan khabar angin yang dsebarkan dalam media sosial, terdapat enam coin yang bakal disokong wallet kripto Galaxy s10.

Samsung, konglomerat bisnes terbesar Korea Selatan dan pengeluar telefon paling popular dunia, mengumumkan pada 20 Februari pelancaran telefon pintar terbarunya – Galacy S10. Telefon pintar itu datang dengan wallet kripto yang sudah dimasukkan ke dalamnya. Syarikat itu berkata wallet yang telah dimasukka itu datang sebagai cold wallet yang tidak memerlukan Internet untuk menyimpan aset digital.

Pengeluar telefon itu berkata:

“Galaxy s10 dibina dengan Samsung Know gred pertahanan, dan juga penyimpanan selamat yang disandarkan pada hardware, yang akan menyimpan private key anda untuk perkhidmatan mudah alih blockchain.”

Penambahan wallet matawang kripto bermakna berjuta pengguna telefon pintar akan diperkenalkan kepada Bitcoin dan matawang kripto lain. Ramai yang menjangka kemasukan syarikat gergasi teknologi Korea Selatan ke dalam ruang matawang kripto akan membawa inovasi untuk memudahkan pengalaman pengguna kripto yang masih lagi rumit kini.

Samsung tidak mendedahkan apa-apa maklumat tentang coin khusus atau aplikasi desentralisasi yang akan disokong. Namun begitu, melihat kepada pengumuman syarikat itu dan khabar angin, enam matawang kripto itu adalah BTC, ETH, Cosmee (COSM), Enjin, ICON dan BAT. Samsung mengesahkan empat aset pertama dalam penyampaian S10 di Barcelona. Dua coin terakhir, ICO dan BAT masih lagi dalam spekulasi.

Sumber:

https://coindoo.com/six-cryptocurrencies-samsung-galaxy-s10-will-potentially-support/

===

Jika anda mahu berdiskusi dan bertanya tentang bitcoin, matawang kripto (cryptocurrency) dan teknologi blockchain di Malaysia. Anda dijemput bersama-sama komuniti Bitcoin Malaya di FB dan @CoinDotMy di Telegram. Jangan lupa ikuti kami di Twitter dan Instagram!

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.

Default – Between Post Ads