Default – Above Header Ads
Default – Below Header Ads

EOS Menduduki Tempat Teratas, Bitcoin Berada Di Tangga Ke-11 Dalam Senarai Kedudukan Matawang Kripto Terkini China

Kumpulan kerja berteknologi tinggi China telah mengeluarkan laporan kedudukan matawang kripto yang keempat belasnya, dengan Bitcoin (BTC) kini menduduki tempat ke-11 dan EOS (EOS) mengekalkan kedudukan teratas pada akhir September 2019. Penyenaraian itu menyenaraikan 35 aset secara keseluruhan, seperti yang dilaporkan pada 29 September oleh portal maklumat dalam talian Pusat Pembangunan Maklumat dan Industri (CCID).

Jika dibandingkan dengan laporan sebelum ini pada bulan Julai lepas, Bitcoin mengekalkan kedudukannya, manakala Tron telah menggantikan Ether (ETH) di tempat kedua. XRP naik dari tangga ke-30 kepada kedudukan yang ke-20. Qutum (QTUM) telah meningkat dari kedudukan 18 kepada kedudukan ke 8, Lisk (LSK) menaik dari tangga 14 kepada tangga ke-7 dan Dash (DASH) dari kedudukan 21 kepada kedudukan ke-17.

Di bawah arahan Kementerian Industri dan Teknologi Maklumat China, CCID melancarkan laporan penarafan matawang kripto bulanannya pada Mei 2018, dan memberikan Ether kedudukan tertinggi daripada 28 matawang kripto. Aset dinilai berdasarkan tiga parameter: asas teknologi, aplikasi dan inovasi.

Rujukan:

http://www.ccidnet.com/2019/0929/10490450.shtml

===

Jika anda mahu berdiskusi dan bertanya tentang bitcoin, matawang kripto (cryptocurrency) dan teknologi blockchain di Malaysia. Anda dijemput bersama-sama komuniti Bitcoin Malaya di FB dan @CoinDotMy di Telegram. Jangan lupa ikuti kami di Twitter dan Instagram!

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.

Default – Between Post Ads