Default – Above Header Ads

Eric Schmidt, Bekas CEO Google: Ethereum Memiliki Potensi Besar

 

Eric Schmidt, bekas pengerusi Google, adalah peminat Bitcoin dan blockchain yang mengatakan Ethereum boleh menjadi platform berpotensi tinggi. Schmidt membuat kenyataan semasa ditemubual oleh ahli ekonomi Tyler Cowen di Village Global, San Francisco.

Dalam perbualan tersebut, Schmidt turut membincangkan masa depan teknologi, pembaharuan tadbir urus korporat dan amalan pengambilan pekerja Google. Apabila ditanya sama ada beliau berfikir bahawa persepsi blockchain tinggi atau rendah, Schmidt memberikan jawapan berikut. “Dalam persepsi awam, ia berlebihan. Dalam kegunaan teknikalnya, perpesinya sangat rendah,” katanya.

Schmidt percaya bahawa perkembangan yang menarik berlaku dengan Ethereum yang boleh merevolusi perniagaan dan masyarakat. “Saya fikir perkara paling menarik yang sedang berlaku menggunakan blokchain – contoh paling jelas ialah keupayaan Ethereum,” kata Schmidt. “Dan jika Ethereum dapat menemui cara untuk melakukan penyelarasan global terhadap aktiviti itu, ia akan menjadi platform yang sangat kuat. Itulah ciptaan yang benar-benar baru. ”

Sumber:

https://www.ccn.com/ethereum-has-major-potential-billionaire-ex-google-ceo-eric-schmidt/

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.