Default – Above Header Ads
Default – Below Header Ads

Ernst & Young Memperolehi Alat Percukaiaan Aset Kripto Untuk Kegunaan Audit Blockchain

Gergasi perakaunan Ernst & Young telah memperolehi asetteknologi yang berkaitan dengan kripto yang dibangunkanoleh Elevated Consciousness di San Francisco, California. Initermasuk teknologi Andy Crypto-Asset Accounting and Tax ((CAAT), alat yang menghubungkan dengan dompet digitaldan pertukaran mata wang kripto sekali gus meningkatkanmaklumat transaksi dan inventori.

Menurut Naib Pengerusi Global Perkhidmatan Cukai EY,CAAT akan meletakkan firma pengauditan sebagai pemimpinyang membolehkannya berkhidmat kepada pelbagaiorganisasi yang menggunakan aset kripto. Ketua PercukaianBlockchain di Ernst & Young LLP, Michael Meisler, teknologi seperti CAAT akan membolehkan firma ahli gergasiperakaunan serta pelanggan mereka untuk menilai lebih baikrisiko yang berkaitan dengan pelaporan pendapatan bolehcukai bagi aset kripto.

Pengembangan CAAT telah dilakukan oleh, antara lain, usahawan Silicon Valley, VJ Anma. Beliau sebelum inibekerja sebagai pengurus dana mata wang kripto. EY berhasrat untuk mengintegrasikan CAAT dengan portfolio Blockchain Analyzer. Teknologi Blockchain Analyzermensasarkan perniagaan yang menggunakan mata wangkripto yang dapat memberi pasukan audit Ernst & Young keupayaan untuk mengumpul data transaksi keseluruhanorganisasi dari beberapa blockchain yang berbeza.

Sumber:

https://www.prnewswire.com/news-releases/ey-acquires-new-cryptocurrency-technology-300683496.html

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.

Default – Between Post Ads