Default – Above Header Ads

ETF Blockchain ‘Terbesar Dunia’ Akan Mula Berdagang di LSE

 

Sementara ramai dalam komuniti kripto menanti Bitcoin ETF, syarikat pengurusan pelaburan persendirian Invesco, yang mempunyai aset bernilai lebih $800 bilion di bawah pengurusannya, telah mengumumkan pelancaran ETF Blockchain ‘Terbesar Dunia.’

Menurut ZeroHedge, ETF Blockchain itu akan melibatkan portfolio 48 buah syarikat dengan pendedahan kepada teknologi blockchain.

Antara contoh yang diberikan adalah Taiwan Semiconductor Manufacturing, yang membekalkan pengeluar peralatan perlombongan matawang kripto dengan cip, dan CME Group, bursa pertukaran pertama AS yang dikawal selia yang akan melancarkan bitcoin futures. Ia akan mempunyai yuran pengurusan sebanyak 65 basis point, dan merangkumi syarikat lain Seperti Apple, Intel dan Advanced Micro Devices (AMD).

Ketua pengurusan produk ekuiti ETF Invesco di Eropah, Chris Mellor, dilaporkan berkata bahawa potensi untuk “blockchain menambah pendapatan selalunya tidak dicerminkan dalam harga saham syarikat Seperti Rio Tinto, syarikat perlombongan yang memiliki aset hidroelektrik yang boleh digunakan untuk perlombongan matawang kripto.

Laporan itu mengatakan bahawa:

“ETF ini akan pada awalnya melabur dalam portfolio 48 syarikat berdasarkan sistem penilaian proprietari yang dibangunkan oleh Elwood Asset Management, pakar pelaburan kripto yang disokong Alan Howard, pengasas bersama hedge fund Brevan Howard.

CEO Elwood, Bin Ren, menyatakan bahawa aplikasi berpotensi untuk teknologi blockchain melangkaui matawang kripto, dan menurutnya “kami sudah mula melihat teknologi ini digunakan oleh syarikat perkhidmatan kewangan, tetapi kami menjangka lebih banyak aplikasi teknologi blockchain di sektor lain.”

Sumber:

https://www.cryptoglobe.com/latest/2019/03/worlds-biggest-blockchain-focused-etf-to-start-trading-on-london-stock-exchange/

===

Jika anda mahu berdiskusi dan bertanya tentang bitcoin, matawang kripto (cryptocurrency) dan teknologi blockchain di Malaysia. Anda dijemput bersama-sama komuniti Bitcoin Malaya di FB dan @CoinDotMy di Telegram. Jangan lupa ikuti kami di Twitter dan Instagram!

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.