Default – Above Header Ads

Ethereum, Bitcoin Cash jatuh 15% dan Bitcoin jatuh ke Paras $3700

 

Dalam masa 4 jam yang lalu, USD$9 bilion telah hilang dari pasaran kripto apabila Ethereum dan Bitcoin Cash jatuh 14 peratus. Harga Bitcoin jatuh ke USD$3,750, kembali ke paras minggu lalu berikutan kenaikan yang positif pada 6 Januari apabila Bitcoin naik daripada USD$3,753 kepada USD$4,090.

Sepanjang dua minggu yang lalu, harga Ethereum naik hampir dua kali ganda dari USD$85 ke USD$160 dalam penantian Constantinople hard fork yang dijadualkan akan dilaksanakan antara 14-18 Januari.

Jumlah perdagangan Ethereum naik apabila aktiviti perdagangan matawang kripto Kedua terbesar di pasaran global itu meningkat di setiap bursa pertukaran aset besar.

Namun, kenaikan besar jangka masa pendek meninggalkan aset lebih terdedah kepada pembetulan jangka masa pendek yang besar dan dalam masa beberapa jam yang lalu, harga Eth jatuh dalam 14.9 peratus dari USD$154 ke USD$131 dalam kejatuhan sehari paling besarnya sepanjang 12 bulan ini.

Apabila tekanan menjual meningkat dalam pasaran kripto dan pemegang kripto mula menjual aset digital mereka, matawang kripto yang telah menunjukkan kenaikan sepanjang Disember dan Januar seperti Ethereum, Bitcoin Cash dan Litecoin melalui kejatuhan paling besar hari itu.

Seawal 7 Januari, pedagang termasuk The Crypto Dog mencadangkan indikator teknikal ETH menunjukkan pergerakan menurun jangka masa pendek. Katanya pada hari Isnin: 

“Mungkin saya melihat apa yang ingin dilihat, tetapi carta ini menjerit kepada saya bahawa ini ‘peluang terakhir untuk short ETH’. Ia masuk akal untuk melihat kenaikan di sini, mengambil kira tahap ini atas ratio, jadi saya teragak-agak untuk mengatakan ini terbitan yang baik…dan sudah tentu saya hanya berfikir secara kuat, bukannya menggalakkan orang lain untuk FOMO kepada perdagangan. Saya short ETH pada USD$156 dan masih lagi selesa di sini”.

Walaupun kedua-dua aset kripto besar dan modal pasaran token kecil menunjukkan tanda-tanda pemulihan jangka masa pendek dalam dua bulan yang lalu, agak sukar untuk menentukan lantai dalam pasaran kripto.

Pada penghujung Disember 2017, Mark Dow, seorang pedagang yang short Bitcoin Dari harga all-time high pada USD$19,500, berkata jika Bitcoin gagal pulih melepasi USD$6,000 dalam jangka masa pendek, pasaran akan menghadapi masalah.

“Masih lagi carta yang cantik. Jika Bitocin tidak boleh naik kepada sekurang-kurang USD$5k-$6k dengan cepat, ia adalah satu tanda yang bahaya untuk cyberbull. Dan jika ia jatuh ke paras bawah garisan kuning bila-bila masa, mereka yang HODL pun perlu GTFO,”Dow berkata pada masa itu.

Kesimpulannya, Dow mencadangkan trend pasaran kripto masih belum berubah dan musim sejuk kripto masih dalam berkuatkuasa.

Jika matawang kripto berterusan menunjukkan tahap ketidak stabilan harga yang tinggi dalam julat harga yang rendah, dalam jangka masa pendek ini, pembalikan trend yang besar agak mustahil.

Sumber:

https://www.ccn.com/what-caused-ethereum-bitcoin-cash-to-plunge-15-in-less-than-4-hours/

===

Jika anda mahu berdiskusi dan bertanya tentang bitcoin, matawang kripto (cryptocurrency) dan teknologi blockchain di Malaysia. Anda dijemput bersama-sama komuniti Bitcoin Malaya di FB dan @CoinDotMy di Telegram.

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.

Default – Between Post Ads