Default – Above Header Ads

Ethereum dan Microsoft Technology akan Menguasakan Platform Blockchain untuk Louis Vuitton, Christian Dior dan Jenama Mewah Lain

Studio pembangunan Ethereum ConsenSys dan gergasi teknologi Microsoft akan bekerjasama dengan Louis Vuitton SE sebagai rakan kongsi teknologi untuk membina platform blockchain AURA. Platform baru itu akan membolehkan pengguna untuk memeriksa dan menjejak pengeluaran barangan mewah dari bahan mentah kepada titik penjualan, sehingga ke pasaran barangan terpakai.

Dengan AURA, pengguna boleh mempelajari tentang sejarah sesuatu produk dan mengesahkan keaslian jenama di bawah Louis Vuitton SE, juga dikenali sebagai LVMH, konglomerat barangan mewah Perancis yang beroperasi di Paris.

Menurut ConsenSys,

“Sewaktu pengeluaran, setiap produk akan direkod dalam lejar teragih, tidak boleh diduakan dan mengandungi maklumat unik. Sewaktu pembelian, pengguna boleh menggunakan aplikasi jenama itu untuk mendapatkan sijil AURA yang mengandungi semua maklumat produk.”

Platform itu akan dikuasakan oleh Ethereum. Kerjasama itu mengintegrasi penyelesaian blockchain enterprise Ethereum Quorum menggunakan teknologi cloud Azure Microsoft. Perbincangan sedang dijalankan untuk lebih banyak jenama mewah menyertai konsortium dan menggunakan platform itu.

“Beberapa jenama LVMH Group, seperti Louis Vuitton dan Parfums Christian Dior, kini terlibat, dan perbincangan seterusnya sedang dijalankan untuk memasukkan jenama lagi dari LVMH Group, dan kumpulan barangan mewah lain. Untuk Louis Vuitton, pembangunan projek AURA ini adalah kemuncak program penjejakan yang dilancarkan lebih tiga tahun yang lalu.

Subsidiari LVMH termasuk Marc Jacobs, Hublot, TAG Heuer, Bulgari, Givenchy Parfums, Sephora, Dom Pérignon dan Hennessy.

Sumber:

https://dailyhodl.com/2019/05/18/ethereum-and-microsoft-technology-to-power-blockchain-platform-for-louis-vuitton-christian-dior-and-top-luxury-brands/

===

Jika anda mahu berdiskusi dan bertanya tentang bitcoin, matawang kripto (cryptocurrency) dan teknologi blockchain di Malaysia. Anda dijemput bersama-sama komuniti Bitcoin Malaya di FB dan @CoinDotMy di Telegram. Jangan lupa ikuti kami di Twitter dan Instagram!

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.