Default – Above Header Ads

Ethereum Foundation Memberi Gran untuk Menyokong Kajian Skalabiliti

 

Pusingan kelima gran dari Ethereum Foundation tertumpu kepada kajian skalabilti dan diumumkan melalui sidang media pada 21 Februari 2019.

Hanya beberapa bulan selepas mereka mengumumkan pusingan keempat gran dan memberi sokongan kewangan kepada Parity Technologies, Ethereum Foundation telah mengumumkan secara rasmi pusingan kelima mereka.

“Ethereum Foundation Grants Program adalah eksperimen yang berterusan tentang bagaimana EF akan melabur dengan lebih baik dalam sumber komuniti Ethereum untuk impak jangka masa panjang dalam ekosistem Ethereum,”menurut terbitan itu.

Menurut kumpulan Ethereum foundation, idea di sebalik gran itu adalah pada awalnya untuk menyokong usaha skalabiliti. Namun begitu, usaha pertubuhan itu telah berkembang ke sektor lain dalam ekosistem. 

Dalam pusingan terbaru ini, fokus adalah pada Eth 2.0 dan usaha penskalaan lapisan kedua. Namun begitu, pertubuhan itu menyatakan bahawa mereka masih terbuka untuk menyokong usaha lain dalam sektor lain dalam ekosistem Ethereum.

Terbitan itu menyenaraikan penerima pusingan kelima gran dari Ethereum Foundation:

The Matter, yang bekerja untuk mencipta kod “Plasma Ignis”, yang berdasarkan SNARK untuk menyokong sehingga 500 transaksi setiap saat.

LeapDAO yang mencipta “Plasma Leap” reka bentuk plasma yang lebih berdaya maju dengan fungsi smart contract.

Py-libp2p, projek yang terlibat dalam implementasi Python dalam libp2p yang akan digunakan dalam kajian Eth2.0, dan juga projek lain, oleh pelajar UPenn yang menyempurnakan projek capstone mereka (Zixuan Zhang, Robert Zajac, Alexander Haynes, and Aspyn Palatnick).

Ethereum on Arm yang menyokong desentralisasi Ethereum dengan membekalkan Ethereum imej klien di peranti mereka, termasuk penyiasatan awal ke dalam penggunaan nod ARM untuk staking Eth2.0.

Görli testnet, berdasarkan Cross yang diketuai oleh Chainsafe dan disokong oleh komuniti Ethereum. Testnet yang diperlukan itu dilancarkan di GörliCon pada akhir bulan Januari.

Shadowlands, yang juga berdasarkan Python, platform prototaip laju TextUI untuk ETH dApps yang memecahkan paradigma bahawa semuanya perlu menjadi aplikasi web.

Dana juga diberikan kepada DeepSEA, projek kajian di Yale dan Columbia, untuk meneruskan kerja mereka dalam bahasa yang disahkan yang patuh pada EVM.

Sumber:

https://btcmanager.com/ethereum-foundation-gives-grants-support-scalability-research/?q=/ethereum-foundation-gives-grants-support-scalability-research/&

===

Jika anda mahu berdiskusi dan bertanya tentang bitcoin, matawang kripto (cryptocurrency) dan teknologi blockchain di Malaysia. Anda dijemput bersama-sama komuniti Bitcoin Malaya di FB dan @CoinDotMy di Telegram. Jangan lupa ikuti kami di Twitter dan Instagram!

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.