Default – Above Header Ads
Default – Below Header Ads

Ethereum Sedang Menguji Kod Untuk Hard Fork Seterusnya

 

Pemaju Ethereum telah melaksanakan kod untuk Constantinople, peningkatan sistem rangkaian seterusnya. Constantinople akan diaktifkan sebelum persidangan Ethereum Devcon4 pada bulan Oktober, menurut pihak pemegang kepentingan semasa mesyuarat pembangun teras pada hari Jumaat.

Pelan tindakan untuk naik taraf juga telah dicadangkan. Di bawah pelan itu, peringkat pelaksanaan berterusan sehingga 13 Ogos, selepas itu akan ada dua bulan ujian, termasuk pelancaran rangkaian ujian khusus untuk Constantinople. Peningkatan ini termasuk pelbagai pengoptimuman yang bertujuan untuk menjadikan platform lebih cekap – dan lebih murah dari segi bayaran. Constantinople adalah bahagian kedua dari siri peningkatan dua bahagian, dilaksanakan selepas Byzantium, yang telah diaktifkan pada Oktober lepas.

Menurut mesyuarat itu, sejumlah empat penaiktarafan protokol Ethereum (EIPs) sedang dilaksanakan oleh pemaju. Péter Szilágyi, pemaju utama Geth, client Ethereum yang paling popular, berkata mereka telah melaksanakan kebanyakan perubahan. Beberapa peningkatan yang telah mencapai tahap pelaksanaan termasuk EIP 210, yang menyusun semula bagaimana hash blockdisimpan di Ethereum, dan EIP 145, yang meningkatkan kelajuan pengiraan arithmatik dalam Ethereum Virtual Machine (EVM). Dua penaiktarafan lain – EIP 1014 untuk penambahan state channelethereum, dan EIP 1052, op-codebaru yang memampatkan bagaimana kontrak berinteraksi – juga sedang diusahakan oleh pemaju.

Sumber:

https://www.coindesk.com/ethereums-most-heated-tech-debate-is-proving-its-far-from-over/

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.