Etherisc Tawarkan Insurans Tanaman Berasaskan Blockchain Kepada Petani Kenya

 

Chainlink Community Grant mengumumkan pada 14 November bahawa mereka menyediakan pembiayaan untuk kerjasama insurans kos rendah antara Etherisc, protokol insurans terdesentralisasi, dan ACRE Africa, penerbit insurans mikro yang memberi tumpuan kepada benua kedua paling ramai penduduk di planet ini.

Menurut pengumuman itu, projek ini bertujuan untuk membina platform insurans berasaskan blockchain yang memberikan liputan yang berpatutan untuk hampir 250,000 petani dan pekebun kecil di Kenya, yang kebanyakannya akan terjejas oleh perubahan iklim selama tiga tahun ke depan. Platform yang dirancang juga akan menyediakan polisi insurans dengan ansuran pembayaran yang bernilai serendah 50 sen dalam mata wang tempatan.

Wang geran tersebut akan digunakan untuk membiayai beberapa aspek projek, seperti mengembangkan kontrak pintar, membina paparan muka aplikasi yang mesra pengguna untuk petani, proses integrasi dengan sistem pembayaran tempatan, dan pelbagai perkembangan teknikal lain. Sebagai tambahan, sebahagian daripada geran ini akan digunakan untuk kajian pembiayaan yang berkaitan dengan ekonomi insurans untuk tanaman pertanian di banyak negara Afrika, dengan tujuan untuk menentukan model perlindungan yang lestari bagi kedua-dua syarikat insurans dan petani.

“Kami gembira dapat mengembangkan tugas kami dengan petani di Afrika Timur dan turut menerima sokongan melalui pemberian Komuniti Chainlink dalam membantu membangun dan menerapkan model insurans tanaman yang lebih dipercayai dan menjimatkan kos dengan kerjasama Etherisc,” kata Ketua Pegawai Eksekutif ACRE Africa, George Kuria. Projek ini merupakan sebahagian daripada kecenderungan yang semakin meningkat terhadap teknologi blockchain di benua Afrika.

Rujukan: https://blog.chain.link/chainlink-awards-grant-to-support-the-joint-venture-between-acre-africa-and-etherisc/ 

===

Jika anda mahu berdiskusi dan bertanya tentang bitcoin, matawang kripto (cryptocurrency) dan teknologi blockchain di Malaysia. Anda dijemput bersama-sama komuniti Bitcoin Malaya di FB dan @CoinDotMy di Telegram. Jangan lupa ikuti kami di Twitter dan Instagram!

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.

Default – Between Post Ads