Default – Above Header Ads
Default – Below Header Ads

EY Membuka Kod kepada Projek Percubaan Blockchain Ethereum

Sesiapa yang berminat kini boleh melihat kod disebalik projek percubaan transaksi-persendirian Ernst & Young di blockchain Ethereum.

EY, salah satu firma perakaunan dan perundingan terbesar di dunia, telah melancarkan kod untuk projeknya “Nightfall” – kini di Github.

Menurut EY,

“Nightfall mengintegrasi satu set smart contract dan servis mikro, dan toolkit ZoKrates zk-snark, untuk membolehkan token standard ERC-20 dan ERC-721 untuk dihantar melalui blockchain Ethereum dengan privasi sepenuhnya. Ia adalah penyelesaian percubaan yang masih lagi dibangunkan secara aktif. Kami membuat keputusan untuk berkongsi kerja penyelidikan kami dengan keyakinan bahawa ia akan mempercepatkan pengguna blockchain awam.”

Kumpulan pembangunan itu memberi amaran terhadap penggunan kod terbuka untuk aset sebenar.

“Ini bukannya bertujuan untuk menjadi aplikasi yang bersedia untuk pengeluaran dan kami tidak merekomen anda menggunakannya begitu. Jika ia mempercepatkan kerja anda, kami gembira ia dapat membantu. Kami berharap orang ramai akan lebih bermotivasi untuk menyumbang idea dan penambahbaikan.

Sila ambil nota bahawa kod ini belum menyelesaikan pemeriksaan keselamatan dan oleh itu kami merekomen anda tidak menggunakannya dalam pengeluaran atau untuk memindahkan aset yang mempunyai nilai material. Kami tidak akan bertanggungjawab ke atas kehilangan yang mungkin berlaku kerana penggunaan kod ini.”

Nightfal bertujuan untuk membantu pembangun membina penyelesaian yang akan membuatkan klien lebih selesa dengan transaksi blockchain. Klien korporat EY meliputi beberapa industri yang menggunakan blockchain untuk menyelaraskan prosedur, dari pengurusan rantaian bekalan kepada penjejakan makanan kepada aliran data antara bahagian korporat.

Klien EY merangkumi antara syarikat terbesar dan gergasi teknologi dalam dunia.

Senarai pendek

  1. Hewlett Packard
  2. Verizon
  3. State Street
  4. AT&T
  5. Coca Cola
  6. General Motors
  7. Hilton
  8. Lockheed Martin
  9. 21st Century Fox
  10. Intel Corp
  11. Walmart
  12. Time Warner
  13. Coca Cola European Partners
  14. Alphabet Inc.
  15. News Corp
  16. Amazon
  17. Apple
  18. Facebook
  19. McDonald’s
  20. Texas Instruments

Paul Brody, ketua inovasi global EY, memberitahu Coindesk,

“Kami mencuba untuk membina satu suite kebolehan yang termasuk audit dan keselamatan dan akan membolehkan syarikat untuk berkata ya kami berasa selesa untuk menjalankan transaksi bisnes yang selamat, privasi, boleh dipercayai dan mematuhi peraturan di rangkaian blockchain awam.”

Sumber:

https://dailyhodl.com/2019/06/02/global-powerhouse-opens-code-to-experimental-ethereum-blockchain-project/

===

Jika anda mahu berdiskusi dan bertanya tentang bitcoin, matawang kripto (cryptocurrency) dan teknologi blockchain di Malaysia. Anda dijemput bersama-sama komuniti Bitcoin Malaya di FB dan @CoinDotMy di Telegram. Jangan lupa ikuti kami di Twitter dan Instagram!

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.