Default – Above Header Ads
Default – Below Header Ads

Facebook akan Bekerja untuk Memenangi Hati Penguatkuasa tentang Libra

Pengasas dan CEO Facebook Mark Zuckerberg berkata syarikat itu akan bekerja selama mana ia perlu untuk memuaskan hari penguatkuasa tentang kebimbangan mereka terhadap stablecoin Libra. Zuckerberg menyampaikan kenyataannya semasa panggilan konferens pada 24 Julai.

Semasa panggilan itu, Zuckerberg berkata bahawa – beberapa tahun yang lalu – Facebook akan terus melancarkan produk baru tanpa memberitahu terlebih dahulu, tetapi kini syarikat itu telah berubah. Dia juga berkata:

“Kami telah membuka tempoh – tidak kira berapa lama masa ia diperlukan untuk menjawab persoalan penguatkuasa dan pakar-pakar lain juga konstituen tentang ini dan memikirkan cara terbaik untuk langkah ke hadapan.”

Dia juga menyatakan bahawa – semasa Facebook bekerja menyiapkan whitepaper dengan 27 ahli lain dalam Persatuan Libra – mereka menjangka bahawa memandangkan kewangan masih dikawal kelia dengan ketat, akan terdapat banyak soalan tentang projek itu.

Zuckerberg menjelaskan bahawa dia berpendapat bahawa mereka sedang menjawab soalan- soalan itu. Dia juga berjanji bahawa firma itu sedang “mencuba menyediakan produk yang selamat, stabil dan dikawal selia dengan baik, jadi itu memang adalah strategi terbaik dan kami akan meneruskan daripada situ.”

Akhir sekali, dia menyatakan bahawa Facebook sedang bekerja ke atas banyak lagi projek seperti Instagram Shopping, Facebook Marketplace dan Whatsapp Business, sementara Libra yang menarik perhatian paling banyak.

Seperti yang Cointelegraph laporkan sebelum ini, Alfred F. Kelly Jr., CEO Visa, berkata bahawa tiada syarikat yang telah menyertai Libra secara rasmi. Menurutnya, di peringkat ini, 20 lebih syarikat yang terlibat dengan pertubuhan hanya telah menunjukkan minat melalui LOI yang tidak mengikat.

Sumber:

https://cointelegraph.com/news/facebook-to-work-however-long-it-takes-to-win-regulators-on- libra

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.

Default – Between Post Ads