Default – Above Header Ads
Default – Below Header Ads

Facebook Bangunkan Mata Wang Kripto Untuk Whatsapp

 

Facebook sedang membangunkan mata wang kripto yang akan membolehkan pemindahan wang dilakukan melalui aplikasi pemesejan WhatsApp. Menurut Bloomberg, syarikat itu sedang mengusahakan stabilcoin yang dipasakkan ke US Dollar untuk mengurangkan turun naik harganya.

Aplikasi pemesejan mudah alih WhatsApp telah menjadi popular di beberapa negara yang mempunyai keperluan tinggi untuk penyelesaian pemindahan wang secara mudah dan kos efektif. Begitu juga India, di mana WhatsApp mempunyai lebih daripada 200 juta pengguna aktif. Negara ini mengetuai dunia dalam pengiriman wang, dan menurut Bank Dunia, lebih dari $ 69 billion telah dikirim dari luar negeri ke India pada tahun 2017 sahaja.

Facebook, sebaliknya, mempunyai lebih daripada 2 bilion pengguna aktif dan mempunyai lebih daripada $ 40 bilion pendapatan tahunan, serta rekod prestasi yang berjaya mengharungi persekitaran peraturan yang keras. Jika Facebook sedang membangunkan mata wang kripto dan melancarkannya dalam masa terdekat, ia juga akan menjadi syarikat besar pertama yang berbuat demikian, pada dasarnya memberi Facebook satu kelebihan unik dalam pasaran. Sama ada syarikat ini berjaya dengan usaha ini untuk “membantu berbilion-bilion orang” atau tidak, tetapi satu perkara yang pasti – Facebook akan melancarkan mata wang kripto.

Sumber:

https://www.bloomberg.com/news/articles/2018-12-21/facebook-is-said-to-develop-stablecoin-for-whatsapp-transfers

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.