Default – Above Header Ads

Facebook kepada Senator: Libra akan Menghormati Privasi

Ketua Blockchain Facebook David Marcus memberitahu penggubal undang-undang Amerika Syarikat bahawa gergasi media sosial yang dikelilingi skandal tentang privasi itu tidak akan mendapat akses kepada maklumat peribadi kewangan dengan matawang kripto barunya.

Dalam surat yang dihantar pada 8 Julai 2019 kepada Senate Banking Committee untuk membalas soalan-soalan yang ditujukan kepadanya, Marcus menggunakan bahasa diplomatik, mengiktiraf kebimbangan panel tetnang privasi data dan memberitahu mereka:

“Saya ingin memberi anda jaminan peribadi saya bahawa kami komited untuk mengambil masa untuk menjalankannya dengan betul.”

Surat yang sama di hantar ke House Financial Services Committee, menurut laporan Hill beberpa sebelum itu.

Dalam surat itu, yang dicetak di atas letterhead Facebook, Marcus berkata data peribadi tidak akan dilampirkan kepada mana-mana transaksi yang dijalankan di atas blockchain Libra.

“Sama seperti matawang kripto yang telah wujud dan digunakan secara meluas seperti ethereum dan bitcoin, transaksi yang dijalanakn di atas blockchain Libra adalah ‘pseudomynous’ bermakna identiti pengguna tidak akan dapat dilihat oleh awam,” menurut David, mengulang kembali janji yang dibuat Facebook sejak ia melancarkan projek Libra bulan Jun yang lalu.

Alamat blockchain dalam transaksi, timestamp dan jumlah transaksi akan boleh diakses awam, tetapi apa-apa maklumat KYC dan AML akan di simpan oleh pembekal wallet.

Sebagai caveat, Marcus menyatakan bahawa Libra adalah platform sumber terbuka, dan mana-mana pembangun pihak ketiga akan bolah membina wallet digital mereka sendiri.

Pihak ketiga ini akan bertanggungjawab atas bagaimana wallet Libra mereka dibina, menurut Marcus, mengatakan “ia adalah tanggungjawab pembekal ini untuk mengenal pasti jenis maklumat yang mereka perlukan dari pelanggan dan mematuhi peraturan dan standard dalam negara tempat mereka beroperasi.”

Dia menambah:

“Penguatkuasa Calibra dan perkhidmatan wallet digital lain boleh meminta mereka mengumpul maklumat tentang identiti dan aktiviti pengguna mereka dan membuat maklumat itu boleh diakses oleh penguatkuasa undang-undang dan agensi kerajaan, seperti AML, CFT dan tujuan sekatan.”

Membalas soalan tentang maklumat kewangan pengguna yang sudah disimpan Facebook, Marcus menulis bahawa subsidiari syarikat itu (tiada kaitan dengan Libra) menyimpan “data maklumat kewangan peribadi yang bukan awam”, seperti maklumat pembayaran, mematuhi peraturan sedia ada untuk transaksi, tetapi maklumat ini tidak digunakan untuk pengiklanan atau tujuan lain.

Tambahan lagi, kerana Facebook Payments, Inc. memproses transaksi ini, Facebook sendiri tidak mempunyai akses kepada maklumat pembayaran, walaupun ia mengumpul maklumat lain berkaitan dengan transaksi itu, seperti peniaga, jumlah transaksi, tarikh, masa dan barangan yang dibeli.

Sumber:

https://www.coindesk.com/facebook-to-senators-libra-cryptocurrency-will-respect-consumer-privacy

===

Jika anda mahu berdiskusi dan bertanya tentang bitcoin, matawang kripto (cryptocurrency) dan teknologi blockchain di Malaysia. Anda dijemput bersama-sama komuniti Bitcoin Malaya di FB dan @CoinDotMy di Telegram. Jangan lupa ikuti kami di Twitter dan Instagram!

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.