Default – Above Header Ads

Fakulti Perniagaan India Terbitkan Sijil Menggunakan Blockchain Untuk Memerangi Sijil Palsu

Fakulti perniagaan terkemuka di India, SP Jain School of Global Management, telah mengeluarkan 1,189 sijil menggunakan blockchain kepada graduan yang baru-baru ini mendapat ijazah dan pensijilan profesional.

Sijil-sijil yang kini berada di blockchain Ethereum akan membolehkan calon majikan dan pihak lain mengesahkan kesahihan kelayakan pendidikan pencari kerja tanpa perlu menghubungi pihak fakulti. Proses pengesahan adalah sangatintuitif dan pengetahuan teknikal tidak diperlukan. Tidak ada perisian tambahan atau peralatan khusus yang diperlukan kerana semua calon majikan atau pihak lain yang hanya perlumengimbas kod QR yang dicetak pada sijil.

Selain daripada kelayakan pendidikan, maklumat lain yang berkaitan dengan graduan yang disimpan di blockchain tersebut termasuklah portfolio pelajar, projek, dan juga kehadiran. Semua maklumat ini akan tersedia tanpa menjejaskan privasi graduan. Dalam mengeluarkan sijil pendidikan berasaskan blokchain, SP Jain School of Management Global menyertai senarai negara dan institusi yang semakin berkembang yang beralih kepada teknologi blockchain untuk membanteras penipuan berkaitan dengan kelayakan pendidikan.

Sumber:

http://www.businessworld.in/article/SP-Jain-School-Of-Global-Management-Issues-Blockchain-Enabled-Certificates-To-Its-Students-/28-11-2018-164631/

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.

Default – Between Post Ads