Default – Above Header Ads

FBI Mungkin Memerlukan Anda untuk Menyiasat Kes BitConnect

 

Menurut notis yang diterbitkan pada 20 Februari 2019, pihak FBI mencari maklum balas dari pelabur yang kehilangan wang kerana platform pertukaran kripto BitConnect. Kontroversi yang mengelilingi token digital yang dikeluarkan oleh BitConnect adalah Sesuatu yang industri ini ingin padam daripada sejarah pendeknya.

Dalam notis itu, sesiapa sahaja yang melabur dalam matawang kripto BitConnect, BCC, boleh memberi input mereka kepada FBI dengan menjawab beberapa soalan. Pihak FBI berharap untuk mengumpul maklumat yang mencukupi untuk meneruskan penyiasatannya terhadap penipuan bernilai berbilion dolar itu.

FBI menyatakan bahawa maklum balas yang diberi pengguna “berguna” dalam penilaian persekutuan ke atas kes itu. Bergantung kepada maklum balas yang diberi, FBI mungkin akan menghubungi pengguna itu untuk maklumat lanjut.

Notis itu berkata:

“BitConnect menjamin pelabur sehingga 10 peratus pulangan setiap bulan ke atas pelaburan mereka, mengikuti sistem bertingkat berdasarkan jumlah deposit awal pelabur itu. Keseluruhan pasaran BCC jatuh teruk pada penghujung bulan Januari 2018, selepas dua penguatkuasa sekuriti AS mengeluarkan surat amaran kepada pelabur tentang BitConnect yang berbentuk skim Ponzi.”

BitConnect adalah bursa pertukaran kripto terbuka yang ditubuhkan pada Februari 2016. Pada zaman kegemilangannya, bursa pertukaran itu mempunyai modal pasaran lebih $2.5 bilion.

Namun begitu, bursa mendapat arahan cease-and-desist dari Texas dan satu lagi daripada North Carolina pada bulan Januari, yang menghalangnya daripada meneruskan perancangan untuk penjualan BCC. Berikutan itu, nilai token tersebut jatuh mendadak dalam pasaran daripada $400 kepada kurang daripada $20 pada awal 2018.

Kejatuhan itu menyebabkan banyak pelabur menyaman BitConnect dan akhirnya bursa itu tutup pada Januari 2018. 

Sumber:

https://btcmanager.com/the-fbi-might-need-you-to-help-them-investigate-the-bitconnect-case/?q=/the-fbi-might-need-you-to-help-them-investigate-the-bitconnect-case/&

===

Jika anda mahu berdiskusi dan bertanya tentang bitcoin, matawang kripto (cryptocurrency) dan teknologi blockchain di Malaysia. Anda dijemput bersama-sama komuniti Bitcoin Malaya di FB dan @CoinDotMy di Telegram. Jangan lupa ikuti kami di Twitter dan Instagram!

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.

Default – Between Post Ads