Default – Above Header Ads
Default – Below Header Ads

Filecoin, Penyimpanan Data Terdesentralisasi Bersedia Untuk Dilancarkan 

 

Filecoin, rangkaian penyimpanan data terdesentralisasi, telah mengumumkan bahawa ia akan tersedia kepada masyarakat awam dalam masa sebulan. Pengumuman ini terkandung dalam catatan blog syarikat, yang menyatakan bahawa, setelah melepasi tahap kritikal yang memerlukan sumber kod tertutup, projek itu kini mencapai tempoh di mana pelaksanaannya akan lebih menguntungkan melalui sumber kod terbuka.

Dalam ICO yang berjaya yang dijalankan pada bulan Ogos dan September 2017, Filecoin memperolehi $257 juta dolar dan sejak itu telah terlibat dalam membangunkan projek yang mana pasarannya akan berjalan di blokchain, dengan menggunakan mata wang kripto platform tersebut iaitu Filecoin. Pelombong platform ini akan memperolehi Filecoin dengan menyediakan simpanan data kepada pelanggan.

Seperti yang terkandung di dalam kertas putih projek, pelanggan di platform akan menggunakan token Filecoin untuk menyimpan atau mengedarkan data. Pelombong dalam kes ini, yang terlibat dalam simpanan aktif akan mendapat ganjaran Filecoin. Sama seperti dalam perlombongan Bitcoin, ini juga merupakan proses yang kompetitif, tetapi dalam hal ini kuasa perlombongan berkadaran dengan penyimpanan aktif yang secara langsung menyediakan perkhidmatan yang diperlukan untuk pengguna platform Filecoin.

Sumber:

https://filecoin.io/blog/update-2018-q1-q2/

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.