Default – Above Header Ads

Firma Analitik Kripto, Messari, Memperkenalkan Indeks Pertukaran Baru

 

Firma analitik matawang kripto, Messari, telah menambah indeks baru untuk 10 bursa pertukaran, menurut pengumuman syarikat itu pada 26 Mac.

Messari melancarkan satu produk baru yang dipanggil “Real 10 Volumes” di dalam dashboard OnChainFX untuk menghadkan pengiraan jumlah perdagangan kepada bursa pertukaran terpilih. Platform perdagangan “Real 10” itu termasuk BinanceBitfinexBitflyerBitstampBittrexCoinbase Pro, GeminiitBitKraken, dan Poloniex.

Dalam terbitan itu, Messari menyatakan bahawa bursa pertukaran yang disebut melaporkan “jumlah perdagangan yang signifikan dan mempunyai legitimasi melalui API mereka.” Syarikat itu mendedahkan bahawa dalam beberapa bulan akan datang ia akan menambah bursa pertukaran lain, menambah data bersih ke dalam feed mereka.

Perhatian Messari kepada jumlah perdagangan yang “signifikan dan mempunyai legitimasi” datang berikutan laporan dari laporan pembekal indeks dana matawang kripto Bitwise Asset Management, yang mengatakan bahawa 95 peratus daripada jumlah perdagangan di bursa pertukaran yang tidak dikawal selia adalah tipu atau tidak berekonomi.

“Di sebalik bursa pertukaran yang melaporkan jumlah perdagangan tertinggi adalah tidak diiktiraf. Majoriti jumlah perdagangan yang dilaporkan adalah tipu atau wash trading,” menurut laporan itu.

Laporan lain dari The Tie juga muncul dengan kesimpulan yang sama, menjumpai bahawa 90 peratus daripada jumlah perdagangan yang dilaporkan bursa pertukaran kripto adalah tidak tepat. The Tie berkata 87 peratus daripada laporan jumlah perdagangan dari platform perdagangan yang dianalisa adalah disyaki.

Berikutan laporan Bitwise, sumber data pasaran matawang kripto CoinMarketCap (CMC) berjanji untuk menilai semula bagaimana ia menentukan kedudukan ahli bursa pertukaran. Eksekutif CMC menulis dalam Twitter:

“Kami mendengar maklum balas pengguna kami, dan kami sedang bekerja keras untuk menambah metriks baru supaya pengguna mendapat gambaran keseluruhan kripto dan bursa pertukaran di laman web kami.”

Sumber:

https://cointelegraph.com/news/crypto-analytics-firm-messari-introduces-new-exchange-index-following-fake-volume-reports

===

Jika anda mahu berdiskusi dan bertanya tentang bitcoin, matawang kripto (cryptocurrency) dan teknologi blockchain di Malaysia. Anda dijemput bersama-sama komuniti Bitcoin Malaya di FB dan @CoinDotMy di Telegram. Jangan lupa ikuti kami di Twitter dan Instagram!

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.

Default – Between Post Ads