Default – Above Header Ads

Firma Aset Digital, Arrington XRP Capital, Memperoleh Private Fund Yang Fokus Kripto

 

Firma pengurusan aset digital, Arrington XRP Capital telah bergabung dengan private fund yang fokus kepada matawang kripto dan pusat penyelidikan ByteSize Capital, menurut pengumuman rasmi pada 27 Mac.

Dengan penggabungan itu, pengasas bersama ByteSize Capital, Ninor Mansor dan Ninos Mansor akan menyertai Arrington XRP Capital sebagai rakan kongsi, bersama-sama dengan rakan kongsi asal, Heather Harde dan Michael Arrington.

Menurut terma pemerolehan itu, Arrington XRP Capital akan mengambil alih bahagian pelaburan proprietari ByteSize dalam pasaran matawang kripto, mengumpul data dan ujian kuantitatif. Sistem yang sedia ada itu akan ditambah kepada rangka kerja Arrington XRP Capital.

Gabungan itu dilaporkan dibolehkan dengan pelaburan $30 juta oleh rakan kongsi terhad Arrington XRP Capital, menurut media CoinDesk. Ninos Mansor dilaporkan menyatakan bahawa “satu perkara yang kami temui ketika perbincangan untuk gabungan adalah kenyataan bahawa mereka telah bekerjasama lebih satu dekad. Dua tech boom memberi anda parut dan pengalaman yang anda tidak boleh replikasi.”

Pada bulan Januari, Arrington XRP menyertai pusingan dana agregator bursa pertukaran desentralisasi (DEX), Tortle. Michael Arrington – pengasas Arrington XRP Capital dan TechCrunch – berkata bahawa platform yang fokus kepada DEX “adalah sebahagian yang penting untuk masa depan ekonomi blockchain yang membolehkan pengguna dan organisasi menjalankan transaksi yang boleh dipercayai tanpa penjaga.”

Sumber:

https://cointelegraph.com/news/techcrunch-founders-digital-asset-firm-acquires-crypto-focused-private-fund

===

Jika anda mahu berdiskusi dan bertanya tentang bitcoin, matawang kripto (cryptocurrency) dan teknologi blockchain di Malaysia. Anda dijemput bersama-sama komuniti Bitcoin Malaya di FB dan @CoinDotMy di Telegram. Jangan lupa ikuti kami di Twitter dan Instagram!

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.