Default – Above Header Ads
Default – Below Header Ads

Firma Bitcoin ATM Bekerjasama Dengan Operator Pusat Beli Belah Terbesar Di Amerika Syarikat

Firma mesin Bitcoin ATM, Bitstop yang berpangkalan di Miami telah bekerjasama dengan pengendali pusat membeli-belah terbesar di Amerika Syarikat, Simon Malls, untuk memasang Bitcoin ATM di beberapa lokasi. BitStop mengumumkan pada 26 Nov bahawa firma itu telah memasang Bitcoin ATM di lima lokasi Simon Malls di California, Florida dan Georgia.

Pengasas bersama dan CEO Bitstop, Andrew Barnard berkata bahawa mesin-mesin itu dipasang sebelum musim cuti: “Dengan masa yang strategik pemasangan Bitcoin ATM di lokasi Simon Mall, pelanggan dengan mudah dapat membeli Bitcoin ketika melakukan perbelanjaan Black Friday dan Christmas mereka.”

Bitsop, yang mengatakan bahawa mereka dilesenkan dan dikawal selia, merancang mengembangkan rangkaian mesin ATM dengan lebih daripada 500 lokasi menjelang akhir tahun 2020, menurut Barnard. Perkongsian baru ini dibina berdasarkan pemasangan mesin Bitcoin ATM firma tersebut di Lapangan Terbang Antarabangsa Miami, yang diumumkan pada pertengahan Oktober.

Rujukan:

https://www.globenewswire.com/news-release/2019/11/26/1952566/0/en/Bitstop-Installs-Bitcoin-ATMs-at-Simon-Malls-in-Time-for-Holiday-Shopping.html

===

Jika anda mahu berdiskusi dan bertanya tentang bitcoin, matawang kripto (cryptocurrency) dan teknologi blockchain di Malaysia. Anda dijemput bersama-sama komuniti Bitcoin Malaya di FB dan @CoinDotMy di Telegram. Jangan lupa ikuti kami di Twitter dan Instagram!

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.