Default – Above Header Ads
Default – Below Header Ads

Firma Blockchain Bekerjasama Dengan Applikasi Data Ganja Untuk Wujudkan Projek Penyelidikan

Sebuah pasaran data berasaskan blokchain, Measure Protocol, dan aplikasi ganjaran berasaskan ganja, Broccoli, akan bersama-sama menubuhkan komuniti penyelidikan untuk pengguna ganja.

Menurut siaran akhbar 12 November, syarikat akan menggunakan komuniti baru itu untuk meninjau pengguna, mengumpul data dan membuat laporan khusus untuk kegunaan ganja dan industri. Dengan berbuat demikian, pihak-pihak berhasrat untuk membincangkan manfaat ganja, membongkar atau membuktikan mitos yang mengelilinginya, dan membuat maklumat yang dikumpulkan tersedia kepada orang ramai.

Phillip Olla, CEO Audacia Bioscience, syarikat yang berdiri di belakang Broccoli, mengatakan bahawa teknologi blockchain akan membolehkan firma tersebut mengumpul data mengenai kegunaan ganja dalam cara yang telus dan boleh dipercayai, yang akan membantu membawa ganja ke arus perdana.

Rujukan:

https://www.einnews.com/pr_news/501783798/measure-protocol-partners-with-broccoli-to-build-blockchain-powered-community-of-cannabis-users

===

Jika anda mahu berdiskusi dan bertanya tentang bitcoin, matawang kripto (cryptocurrency) dan teknologi blockchain di Malaysia. Anda dijemput bersama-sama komuniti Bitcoin Malaya di FB dan @CoinDotMy di Telegram. Jangan lupa ikuti kami di Twitter dan Instagram!

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.