Default – Above Header Ads

Firma Gaming Unitopia Mengutip $5 Juta untuk Mencipta Blockchain yang Bersamaan dengan Steam

 

Platform gaming berdasarkan Blockchain, Utopia telah menerima dana sebanyak $5 juta dari sekumpulan syarikat perkhidmatan kewangan dan pelaburan, media tempatan BiShiJie.com melaporkan pada 22 April.

Unitopia – makmal penyelidikan blockchain milik pembangun permainan video Electronic Soul – telah dilaporkan menerima pelaburan strategik dari Shuimu Fenghua Fund, Link Hui Capital, Jun Joint Venture, Digital Chain Capital and Super Brain Fund sebanyak $5 juta.

Syarikat itu dilaporkan akan menggunakan dana itu untuk mengembangkan penyelidikan dan pembangunan permainan berdasarkan blockchain, dan juga membantu mengembangkan industri itu. Khususnya, Unitopia bermatlamat untuk mencipta platform pengedaran digital berdasarkan blockchain yang bersamaan dengan Steam, di mana pengguna boleh membeli dan main permainan video.

Unitopia mendakwa bahawa semua permainan di atas platform itu adalah desentralisasi, dengan pengagihan keuntungan permainan dikawal menggunakan smart contract.

Pada awal April, pembangun permainan blockchain Lucid Sight mengutip $6 juta untuk mengembangkan permainan digital ke platform permainan tradisional. Syarikat itu akan menggunakan pelaburan itu untuk melancarkan Scarcity Engine, alat pembangun software yang direka bentuk untuk memperkenalkan permainan blockchain Lucid Sight di platform gaming seperti console, PC dan telefon mudah alih.

Startup blockchain Animoca Brands mengumumkan di Mac bahawa ia telah menandatangani perjanjian perlesenan global dengan Formula 1 untuk menerbitkan permainan blockchain berdasarkan siri perlumbaan terkemuka itu. Animoca mendakwa bahawa permainan blockchain itu akan menambah interaksi peminat, dan kerjasama itu selaras dengan matlamat pemilik Formula One, Liberty Media untuk menambah baik pengalaman peminat melalui pelaburan signifikan dalam teknologi baru itu.

Sumber:

https://cointelegraph.com/news/gaming-firm-unitopia-raises-5-million-to-create-blockchain-equivalent-of-steam

===

Jika anda mahu berdiskusi dan bertanya tentang bitcoin, matawang kripto (cryptocurrency) dan teknologi blockchain di Malaysia. Anda dijemput bersama-sama komuniti Bitcoin Malaya di FB dan @CoinDotMy di Telegram. Jangan lupa ikuti kami di Twitter dan Instagram!

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.

Default – Between Post Ads