Default – Above Header Ads
Default – Below Header Ads

Firma Hartanah UK Terima Bitcoin Untuk Penjualan Gereja Lama Berusia 150-Tahun

Gereja Inggeris berusia 150 tahun dijual beharga $ 1.5 juta dengan penjual tersebut menerima pembayaran menggunakan Bitcoin (BTC). Menurut senarai di Rightmove, sebuah portal hartanah utama dalam talian British, vendor meletakkan gereja abad ke-18 yang diubah menjadi hartanah tujuh bilik untuk dijual dan bersedia menerima Bitcoin sebagai pembayaran.

Walaupun unit hartanah tersebut berharga £ 1.2 juta British (RM 6.33 Juta), harga akhir dalam Bitcoin perlu dipersetujui dan disahkan dengan vendor dan akan bergantung kepada harga pasaran Bitcoin pada masa jualan, menurut penyenaraian tersebut. Pada masa penulisan, harga jualan adalah bernilai 182.34 Bitcoins.

Dibina pada tahun 1871, harta kediaman yang ditukar adalah bekas Gereja St. Laurence di County Durham.

Rujukan:

https://www.rightmove.co.uk/property-for-sale/property-81454874.html

===

Jika anda mahu berdiskusi dan bertanya tentang bitcoin, matawang kripto (cryptocurrency) dan teknologi blockchain di Malaysia. Anda dijemput bersama-sama komuniti Bitcoin Malaya di FB dan @CoinDotMy di Telegram. Jangan lupa ikuti kami di Twitter dan Instagram!

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.

Default – Between Post Ads