Default – Above Header Ads

Firma Kripto di Taipei, Maicoin, ingin Menjadi Ahli Libra Association

Bursa pertukaran Taiwan, Maicoin, sedang berada dalam perbincangan dengan Facebook tentang menjadi ahli terbaru Libra Association.

Seperti yang dilaporkan media tempatan Taipei Times pada 21 Ogos, Maicoin ini menyertai organisasi non-profit yang bertanggungjawab untuk membangun stablecoin yang sudah lama dinanti daripada rangkaian media sosial gergasi itu. Syarikat itu khususnya melihat untuk menjalankan nod di rangkaian berdasarkan blockchain itu, yang akan mengesahkan dan merekod transaksi di lejar teragih itu.

CEO Maicoin Alex Liu dilaporkan menunjukkan keyakinan dalam peluang bursa pertukaran itu untuk menyertai pembangunan Libra, mengatakan bahawa:

“Apabila kami menghubungi Facebook dan berbincang tentang penglibatan kami dalam projek itu, Facebook memberitahu kami bahawa ia sedang mencari rakan kerja diseluruh dunia yang bukan Sahaja mempunyai kemahiran teknikal tinggi untuk melindungi nod, tetapi juga yakin boleh membina pengkalan data pengguna tempatan lebih dari 20 juta orang.”

Liu juga berkata bahawa Maicoin tidak akan perlu mendapatkan kelulusan daripada penguatkuasa tempatan untuk menjadi ahli Libra Association. Namun begitu, jika syarikat itu membenarkan pelabur untuk mendagangkan Libra dengan New Taiwan dollars, ia akan memerlukan pengesahan rasmi.

Walaupun Facebook masih lagi belum melancarkan Libra, ia sedang bekerja keras untuk mendapatkan sebahagian daripada pasaran Asia melalui projek berkaitan. Perkhidmatan permesejan yang dimiliki Facebook, WhatsApp dilaporkan dalam perbincangan awal dengan beberapa firma fintech dan bank negara untuk melancarkan perkhidmatan pembayaran digital di Indonesia.

Facebook ingin integrasi wallet kripto Calibra, yang akan merumahkan Libra stablecoin, ke dalam Whatsapp dan platform yang lain – tetapi wallet itu tidak akan boleh didapati di India dan negara lain yang melarang matawang kripto.

Firma analitik Statista menjangka bahawa terdapat 260 juta pengguna Facebook di India setakat bulan April tahun ini – jauh ke hadapan dari pasaran kedua terbesar syarikat gergasi itu, Amerika Syarikat.

Sumber:

https://cointelegraph.com/news/taipei-based-crypto-firm-maicoin-seeks-membership-in-libra-association

===

Jika anda mahu berdiskusi dan bertanya tentang bitcoin, matawang kripto (cryptocurrency) dan teknologi blockchain di Malaysia. Anda dijemput bersama-sama komuniti Bitcoin Malaya di FB dan @CoinDotMy di Telegram. Jangan lupa ikuti kami di Twitter dan Instagram!

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.

Default – Between Post Ads