Default – Above Header Ads
Default – Below Header Ads

Firma Pembayaran Circle Menghentikan Penyelidikan Circle buat Seketika

Startup kewangan kripto Circle mengumumkan ia akan menghentikan aktiviti Circle Research buat seketika waktu.

Dalam penerbitan blog pada 24 September, kumpulan Circle berkata penghentian itu datang walaupun dengan “progres signifikan” dengan penawaran kandungannya.

Kumpulan startup kripto Circle yang disokong oleh Goldman Sachs itu menjelaskan:

“Sudah tiba masa untuk menilai sumbangan kami dan juga keseluruhan strategi. Dengan itu, kami telah memutuskan untuk menghentikan aktiviti Circle Research buat masa ini sementara kami memutuskan arah tuju masa hadapan program itu.”

Circle Research dilancarkan pada 9 Oktober 2018, dengan tujuan untuk membekalkan analisa pasaran matawang kripto setiap minggu untuk membantu pedagang membuat keputusan yang lebih baik.

Berita itu datang selepas pengumuman penutupan aplikasi pembayaran Circle, Circle Pay, yang akan menghentikan sokongan pada 30 September.

Cointelegraph melaporkan pada bulan Mei bahawa CEO Circle Jeremy Allaire telah mengesahkan bahawa eksekutif telah membuat keputusan untuk menghentikan 1 dalam 10 pekerja Circle – iaitu 30 orang. CEO meletakkan kesalahan itu kepada persekitan pengawal seliaan AS, mengatakan bahawa:

“Kami membuat perubahan ini sebagai respon kepada keadaan pasaran semasa, dan yang paling penting, persekitaran pengawal seliaan yang semakin ketat di Amerika Syarikat.”

Sumber:

https://cointelegraph.com/news/payments-firm-circle-pauses-circle-research-in-most-recent-cutback

===

Jika anda mahu berdiskusi dan bertanya tentang bitcoin, matawang kripto (cryptocurrency) dan teknologi blockchain di Malaysia. Anda dijemput bersama-sama komuniti Bitcoin Malaya di FB dan @CoinDotMy di Telegram. Jangan lupa ikuti kami di Twitter dan Instagram!