Default – Above Header Ads

Firma Pembayaran Kripto-Fiat Wirex Melancarkan Naik Taraf Besar, Menambah 10 Matawang Fiat Baru

 

Firma pembayaran digital Wirex telah melancarkan naik taraf platform, Wirex 3.0, dan menambah 10 matawang fiat baru, menurut sidang media rasmi pada 27 Februari.

Kini, pengguna Wirex di European Economic Area (EEA) boleh akses kadar OTC untuk bursa pertukaran kripto, dan juga kadar interbank untuk bursa pertukaran matawang tradisional.

Sidang media itu menyatakan bahawa kemas kini itu membawa ciri-ciri baru kepada mereka yang menetap di rantau Asia-Pasifik dan Kanada, membolehkan pengguna mengoperasikan akaun Wirex mereka dalam matawang fiat tempatan buat kali pertama.

Menurut kenyataan dalam halaman “Pengurusan Wang” Wirex, platform itu kini menyokong 15 matawang fiat, termasuk yang baru seperti Hong Kong dollar, Singapore dollar dan Australian dollar.

Tambahan lagi, versi baru itu menawarkan cara memindahkan wang keluar dan masuk akaun bank, membolehkan sokongan untuk Faster Payments yang beroperasi di UK, SEPA dan SWIFT. Selain itu, platform itu juga mempunyai struktur yuran yang jelas.

Pada bulan Ogos 2018, Wirex telah diberi lesen e-money ketiga oleh penguatkuasa UK, Financial Conduct Authority. 

Sumber:

https://cointelegraph.com/news/crypto-fiat-payments-firm-wirex-launches-major-update-adds-10-new-fiat-currencies

===

Jika anda mahu berdiskusi dan bertanya tentang bitcoin, matawang kripto (cryptocurrency) dan teknologi blockchain di Malaysia. Anda dijemput bersama-sama komuniti Bitcoin Malaya di FB dan @CoinDotMy di Telegram. Jangan lupa ikuti kami di Twitter dan Instagram!

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.

Default – Between Post Ads