Firma Pengurusan Sisa Melancarkan Platform Blockchain di Bandar UAE
Portal permit sisa berdasarkan blockchain akan dilancarkan di Sharjah, UAE, menurut laporan berita tempatan, Emirates News Agency (WAM) pada 17 Februari.
Portal permit sisa itu akan dibangunkan melalui kerjasama antara syarikat alam sekitar, kitar semula dan pengurusan sisa Bee’ah dan Hamriyah Free Zone Authority (HFZA) – zon bebas dagang Sharjah. Menurut WAM, platform ini adalah yang pertama dalam bandar yang menggunakan blockchain untuk mengesahkan, memproses dan menyimpan transaksi.
Menurut laporan itu, platform itu akan mengurangkan kos pelangggan memohon permit dalam HFZA dan juga mengurangkan masa untu mengeluarkan permit dari beberapa hari kepada hanya beberapa jam. Kenyataan itu juga mendakwa “semua transaksi adalah selamat, dan akan mengelakkan kesilapan manusia atau penipuan.”
Khaled Al Huraimel, CEO Bee’ah, berkata dia menjangka teknologi itu “bukan sahaja membantu melancarkan operasi, tetapi jjuga meningkatkan kepercayaan antara pelanggan dan operator.”
Seperti yang dilaporkan Cointelegraph pada bulan Disember tahun yang lalu, bank pusat UAE bekerjasama dengan Penguatkuasa Kewangan Arab Saudi untuk mengeluarkan matawang kripto untuk transaksi merentasi sempadan antara kedua-dua negara. Bulan ini, enam bank komersial daripada dua negara itu dilaporkan telah menyertai projek itu.
Sumber:
https://cointelegraph.com/news/waste-management-firm-launches-blockchain-platform-in-uae-city
===
Jika anda mahu berdiskusi dan bertanya tentang bitcoin, matawang kripto (cryptocurrency) dan teknologi blockchain di Malaysia. Anda dijemput bersama-sama komuniti Bitcoin Malaya di FB dan @CoinDotMy di Telegram. Jangan lupa ikuti kami di Twitter dan Instagram!