Default – Above Header Ads
Default – Below Header Ads

Firma Perlombongan Bangkrap, Giga Watt Menutup Operasi

 

Firma perlombongan kripto dan blockchain besar Giga Watt telah dilaporkan menutup akses dan kuasa kepada fasilitinya dan menghentikan operasi hariannya, menurut surat kepada klien yang dihantar melalui Telegram pada 15 Januari.

Berikutan pemfailan bangkrap pada November 2018, bekas firma perlombongan kripto kelima terbesar itu dilaporkan memberitahu kliennya bahawa apa-apa matawang kripto yang masih berada dalam wallet pengguna boleh dikeluarkan sehingga March melalui dashboard Giga Watt.

Untuk peralatan perlombongan pula, pengguna Telegram JP menerbitkan kembali emel ke siaran bantuan pengguna Telegram yang dikatakan daripada team Giga Watt, menyatakan bahawa pengguna akan menerima emel dalam masa dua minggu akan datang dengan data tentang penghantaran mereka.

Syarikat yang beroperasi di Amerika Syarikat itu telah memberi amaran bahawa jika emel tidak diterima, ia bermakna peralatan pengguna akan disimpan dalam fasiliti mereka dan maklumat lanjut berkenaan peralatan mereka tidak diketahui kerana menunggu prosiding undang-undang, yang akan menentukan maklumat lanjut yang boleh didedahkan kepada pelanggan.

Sehingga waktu itu, firma itu dilaporkan masih mempunyai beberapa pekerja di Giga Watt yang boleh membantu pelanggan untuk pengeluaran akaun, pengesahan KYC dan soalan lain. Menurut kumpulan Telegram Giga Watt, beberapa pekerja masih belum dibayar sejak Julai 2018.

Sumber:

EXMO affiliate program

https://cointelegraph.com/news/following-bankruptcy-filing-mining-firm-giga-watt-reportedly-closes-day-to-day-operations

===

Jika anda mahu berdiskusi dan bertanya tentang bitcoin, matawang kripto (cryptocurrency) dan teknologi blockchain di Malaysia. Anda dijemput bersama-sama komuniti Bitcoin Malaya di FB dan @CoinDotMy di Telegram.

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.

Default – Between Post Ads