Default – Above Header Ads
Default – Below Header Ads

Firma Telekomunikasi India Akan Melancarkan Penyelesaian Blockchain Anti-Spam

Pembekal perkhidmatan telekomunikasi besar India termasuk Vodafone India, Reliance Jio dan Bharat Sanchar Nigam Limited (BSNL) akan melancarkan penyelesaian berkuasa blockchain untuk menyelesaika isu panggilan dan mesej spam yang dihadapi lebih dari satu bilion pengguna telefon mudah alih di India. Ini adalah berdasarkan laporan oleh The Economic Times pada 27 Mei 2019.

Sebagai konteks, penguatkuasa telekomunikasi India, the Telecom Regulatory Authority of India (TRAI) telah mengeluarkan direktif pada bulan Julai 2018 yang meminta firma telekomunikasi negara itu untuk membanteras panggilan dan mesej pemasaran sebelum Penghujung bulan Mei 2019.

Sejak itu, semua syarikat telekomunikasi dalam negara itu telah memasuki pelbagai kerjasama dengan firma pembangunan software dengan kepakaran dalam teknologi blockchain. Menurut laporan The Economic Times, pada masa kini, Vodafone Idea, Reliance Jio, dan Bharti Airtel masing-masing mempunyai 395 juta, 307 juta dan 325 juta pengguna.

BTCManager melaporkan pada 25 Mei 2019, Bharti Airtel – dengan kerjasama dengan gergasi software IBM – telah melancarkan penyelesaian anti-spam DLT untuk melindungi penggunanya dari panggilan dan mesej yang tidak diingini. Vodafone Idea dan Reliance Jio dijangka akan mengikuti jejak langkah itu sebelum bulan Mei berakhir.

Sementara Vodafone Idea bekerjasama dengan firma IT Tanla Solutions, Reliance Jio membuat keputusan untuk memberi tugas untuk membangun penyelesaian telekomunikasi berdasarkan DLT kepada salah satu firma IT terbesar India, Tech Mahindra.

Wakil daripada Tanla Solutions memberitahu The Economic Times:

“Pelancaran bakal dijalankan dan akan membantu menghalang spam dan komunikasi komersial berkaitan penipuan untuk pelanggan Vodafone Idea.”

Apa yang menarik adalah wakil itu menyatakan bahawa Tanla juga membantu Bharti Airtel dengan implementasi rangkaian blockchain mereka, walaupun begitu, IBM teruk kekal sebagai vendor terbesa untuk teknologi itu.

Sumber:

https://btcmanager.com/indian-telecom-firms-set-deploy-anti-spam-blockchain-solutions/?q=/indian-telecom-firms-set-deploy-anti-spam-blockchain-solutions/&

===

Jika anda mahu berdiskusi dan bertanya tentang bitcoin, matawang kripto (cryptocurrency) dan teknologi blockchain di Malaysia. Anda dijemput bersama-sama komuniti Bitcoin Malaya di FB dan @CoinDotMy di Telegram. Jangan lupa ikuti kami di Twitter dan Instagram!

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.