Default – Above Header Ads

Firma yang Disokong Medici ingin Menyatukan Industri Kopi Honduras

Startup agrikultur GrainChain yang mendapat sokongan Medici Ventures, venture arm blockchain gergasi runcit Overstock, merancang untuk menyatukan industri kopi Honduras dengan membekalkan platform blockchain kepada rangkaian pemegang kepentingan tempatan.

Firma itu telah menandatangani beberapa perjanjian dengan tujuan untuk menggabungkan semua rantaian bekalan kopi Honduras di atas platform blockchainnya, menurut kepada sidang media pada 24 September.

Dengan melancarkan inisiatif itu, GrainChain ingin memudahkan beberapa proses dalam rantaian bekalan kopi Honduras, di mana kopi adalah produk eksport yang besar.

Secara khususnya, GrainChain berjanji untuk mencapai tiga matlamat seperti membina kepercayaan antara peladang dan bank, menambah baik ketepatan data dan menambah ketelusan.

Sebagai sebahagian daripada inisiatif itu, GrainChain akan membekalkan pelanggan tempatan wallet digital untuk membolehkan peladang diluar kawasan dan yang tidak mempunyai bank untuk memohon pinjaman. Bank akan boleh menggunakan pinjaman GrainChain untuk peladang saiz kecil dan medium, sementara syarikat insurans akan menggunakan GrainChain untuk menjadikan rekod otomatik, menurut sidang media. Tambahan lagi, peladang tempatan akan mendapat akses kepada komoditi mereka melalui aplikasi mobile, yang membolehkan pemantauan real-time inventori mereka.

Ditubuhkan pada tahun 2003, sistem penyelesaian kewangan GrainChain membolehkan pengeluar, pembeli dan penjual menggunakan smart contract dalam transaksi agrikultur. Aktiviti GrainChain mengikuti kerjasama syarikat itu dengan negeri Mexico, Tamaulipas untuk mengembangkan perkhidmatan penjejakan bijirin, seperti yang diumumkan pada bulan Mei 2019.

Seperti yang dilaporkan Cointelegraph sebelum ini, 10% daripada GrainChain diperoleh Medici Ventures, venture arm blockchain Overstock, pada tahun 2018.

Sumber:

https://cointelegraph.com/news/medici-backed-blockchain-firm-wants-to-unite-the-coffee-industry-of-honduras

===

Jika anda mahu berdiskusi dan bertanya tentang bitcoin, matawang kripto (cryptocurrency) dan teknologi blockchain di Malaysia. Anda dijemput bersama-sama komuniti Bitcoin Malaya di FB dan @CoinDotMy di Telegram. Jangan lupa ikuti kami di Twitter dan Instagram!

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.

Default – Between Post Ads