Default – Above Header Ads
Default – Below Header Ads

Forbes Mengeluarkan Senarai Syarikat Bernilai Berbilion Dolar yang Menggunakan Blockchain

 

Media berita kewangan Forbes telah mengeluarkan senarai “Blockchain’s Billion Dollar Babies” atau syarikat yang implementasi teknologi blockchain yang mempunyai keuntungan minimum atau penilaian sebanyak $1 bilion, pada 16 April.

Senarai itu termasuk syarikat dalam ruangan pembangunan matawang kripto dan blockchain, ditambah dengan firma kewangan tradisional seperti bank dan clearing houses, syarikat makanan, firma pengurusan rantaian bekalan dan lain-lain.

Hampir semua syarikat dalam senarai itu adalah nama besar seperti Amazon, Walmart, Facebook, ING, Mastercard, Microsoft dan Nestle.

Syarikat berkaitan matawang kripto yang termasuk dalam senarai itu adalah bursa pertukaran kripto Amerika Syarikat Coinbase, firma perlombongan Eropah Bitfury, dan pencipta token XRP dan perkhidmatan kewangan berdasarkan blockchain, Ripple.

Selain daripada memasukkan firma besar yang implementasi teknologi blockchain sepenuhnya, senarai itu juga termasuk protokol blockchain mana satu yang digunakan dan oleh siapa. Beberapa protokol Hyperledger, protokol Corda milik konsortium blockchain R3 dan rangkaian Ethereum dipaparkan di beberapa firma dalam pelbagai industri.

Forbes menekankan potensi untuk teknologi blockchain untuk memudahkan proses perniagaan seperti contoh Depository Trust & Clearing Corp (DTCC), yang menyimpan rekod 90 juta transaksi Setiap hari, atau majoriti $48 trilion dollar dunia dalam sekuriti.

Menurut Forbes, firma itu mula memindahkan 50,000 akaunnya ke dalam sistem berdasarkan blockchain, yang membantu dalam membuang prosedur dan reconciliation yang diduakan yang masih lagi berlaku dalam rangkaian penyelesaian elektronik tradisional.

Sumber:

https://cointelegraph.com/news/forbes-releases-list-of-billion-dollar-companies-using-blockchain

===

Jika anda mahu berdiskusi dan bertanya tentang bitcoin, matawang kripto (cryptocurrency) dan teknologi blockchain di Malaysia. Anda dijemput bersama-sama komuniti Bitcoin Malaya di FB dan @CoinDotMy di Telegram. Jangan lupa ikuti kami di Twitter dan Instagram!

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.

Default – Between Post Ads