Default – Above Header Ads
Default – Below Header Ads

Ford, IBM, LG Chem dan Huayou Cobalt Melancarkan Projek Blockchain untuk Memantau Bekalan Kobalt

 

Menurut laporan Reuters, keempat-empat syarikat itu telah melancarkan program pilot, yang akan diselia oleh syarikat sumber data RCS Global, untuk memastikan kobalt yang digunakan untuk bateri lithium-ion tidak dilombong secara haram melalui buruh kanak-kanak atau digunakan di kawasan konflik di DR Congo.

DR Congo adalah negara paling kaya dengan kobalt di dunia, namun, menjadi tumpuan keganasan dengan peperangan antara militia yang menguasai sebahagian daripada negara itu. Buruh kanak-kanak dan perlombongan haram juga menjadi isu yang besar yang dihadapi oleh negara Afrika tengah itu.

Berikutan permintaan dari pelanggan untuk sumber bahan yang bertanggungjawab dan juga tekanan dari pelabur untuk memantau rantaian bekalan perlombongan kobalt, syarikat telah menggunakan teknologi baru untuk memastikan rantaian bekalan mereka “bersih”.

Projek pilot itu akan melihat kobal yang dilombong dari lombong Huayou di Congo diletakkan dalam bag yang tertutup, di mana mereka akan mula masuk ke dalam rangkaian blockchain dan dijejak dari lombong ke kilang bateri LG Chem di Korea Selatan dan kemudiannya ke kilang Ford di Amerika Syarikat, di mana bateri itu akan dimasukkan ke dalam kereta elektrik.

Tambahan lagi, IBM dilaporkan juga meneroka kemungkinan untuk menggunakan AI dalam analisa kimia utnuk menjejak asal usul kobalt supaya tiada kobalt dari sumber yang haram dicampur dengan kobalt “bersih” sewaktu proses peleburan.

“Tiada cara yang paling bagus, tetapi kita perlu sentiasa maju ke hadapan dan menaikkan tahap ketepatan. Blockchain telah membuktikan Ianya teknologi efektif dalam meninggikan tahap itu,” Manish Chawla, pengurus sektor perlombongan dan industri IBM memberitahu Reuters.

Bitcoin Exchange CEX.IO

Penjejakan mineral yang telus, khususnya dalam kawasan konflik, adalah penggunaan Blockchain yang menambah nilai yang pernah dilihat. Melalui rekod blockchain yang immutable, sumber “mineral konflik” boleh dikurangkan secara signifikan.

Pilot itu, yang dilancarkan pada bulan Disember, akan berjalan sehingga pertengahan 2019.

Sumber:

https://btcmanager.com/ford-ibm-lg-chem-and-huayou-cobalt-launch-blockchain-powered-cobalt-supply-monitoring-project/

===

Jika anda mahu berdiskusi dan bertanya tentang bitcoin, matawang kripto (cryptocurrency) dan teknologi blockchain di Malaysia. Anda dijemput bersama-sama komuniti Bitcoin Malaya di FB dan @CoinDotMy di Telegram.

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.