Default – Above Header Ads
Default – Below Header Ads

Forum Ekonomi Dunia Gariskan Lebih 65 Kes Penggunaan Teknologi Blockchain Untuk Perlindungan Alam Sekitar

 

Yayasan Forum Ekonomi Dunia (WEF) telah menggariskan lebih daripada 65 kes penggunaan blockchain untuk menyelesaikan cabaran perlindungan alam sekitar “yang paling mendesak”. Dalam laporan yang bertajuk “Building Block(chain)s for a Better Planet,” WEF telah menonjolkan sejumlah besar aplikasi blockchain yang boleh digunakan untuk membantu menyelesaikan cabaran persekitaran seperti model pembiayaan baru untuk hasil alam sekitar, penilaian bukan kewangan terhadap modal semulajadi, menggariskan sistem yang lebih cekap dan telus, dan usaha lain.

Sebagai tambahan kepada potensi memperbaiki proses yang sedia ada, laporan itu juga menyebutkan kemungkinan memperkenalkan penyelesaian blockchain baru – dinamakan “Game Changer” – yang diharapkan dapat mengubah sepenuhnya cara pengurusan isu-isu alam sekitar. “Game Changer” ini termasuklah rantaian bekalan yang “telus”, sistem pengurusan tenaga dan air terdesentralisasi, sumber pengumpulan dana yang mampan, pasaran karbon dan lain-lain.

Menurut laporan itu, langkah penting seterusnya dalam memperkenalkan aplikasi blockchain untuk perlindungan alam sekitar adalah penubuhan ekosistem blockchain yang “bertanggungjawab” dan “global”, berbanding dengan membiayai projek yang khusus, tetapi berasingan.

Sumber:

https://www.weforum.org/reports/building-block-chain-for-a-better-planet

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.