Default – Above Header Ads
Default – Below Header Ads

Franck Muller Melancarkan Jam Tangan Mewah dengan Fungsi Cold Wallet Bitcoin

Pembuat jam tangan mewah Switzerland Franck Muller telah bekerjasama dengan Firma pelaburan aset alternatif Regal Assets untuk melancarkan jam tangan penyimpanan BTC “Encrypto,” menurut laporan oleh Cointelegraph Brasil pada 23 Mei.

Selain daripada menjadi aksesori fesyen mewah, dengan harga bermula dari USD$9,800 sehingga ke USD$50,600, jam tangan itu dilaporkan juga berfungsi sebagai cold wallet kepada BTC. Jam tangan itu dilaporkan diukir dengan alamat public key di dial dan datang dengan private key di atas USB. Menurut firma itu, “deep cold storage walletitu tidak boleh digodam dan menggunakan “non-deterministic TNRG yang dijana offline.”

Dalam sidang media dari Regal Assets, pengarah rantau Franck Muller, Erol Baliyan, memberi komen tentang matawang kripto besar itu, mengatakan bahawa “Bitcoin adalah emas millennial.” Dia menambah:

Bitcoin adalah […] perkahwinan sempurna antara inovasi dan pilihan peribadi.”

Encrypto boleh dibeli dengan BTC atau kaedah pembayaran tradisional. Syarikat itu dilaporkan mempertimbangkan pengeluaran jam tangan berfungsi sama yang menyokong matawang kripto teratas yang lain, seperti Ether dan XRP.

Seperti yang dilaporkan pada 24 Mei, satu lagi pengeluar jam tangan mewah dan jam Switzerland, Vacheron Constantin, akan mula menggunakan blockchain untuk menjejak jam tangannya.

Tahun lalu, Cointelegraph melaporkan bahawa Hublot – satu lagi pembuat jam tangan mewah – telah melancarkan model edisi terhad menyambut ulang tahun whitepaper Bitcoin yang ke-10. Jam tangan itu, Big Bang Blockchain, hanya boleh dibeli dengan BTC dan hanya 210 jam tangan dibuat, merujuk kepada bekalan tetap Bitcoin iaitu 210 ribu (21 juta) coin.

Sumber:

https://cointelegraph.com/news/franck-muller-releases-luxury-watch-with-bitcoin-cold-wallet-functionality

===

Jika anda mahu berdiskusi dan bertanya tentang bitcoin, matawang kripto (cryptocurrency) dan teknologi blockchain di Malaysia. Anda dijemput bersama-sama komuniti Bitcoin Malaya di FB dan @CoinDotMy di Telegram. Jangan lupa ikuti kami di Twitter dan Instagram!

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.

Default – Between Post Ads