Default – Above Header Ads

Frankfurt School of Finance & Management Akan Keluarkan Sijil Menggunakan Teknologi Blockchain

 

Frankfurt School of Finance & Management (FS) di Jerman kini akan menawarkan pelajar keupayaan untuk membuktikan kelayakan mereka menggunakan teknologi blockchain. Sebagai sebahagian daripada program perintis tersebut, graduan salah satu kursus FS pada teknologi blockchain dapat membuktikan mereka berjaya menyelesaikan kursus dengan pensijilan yang disimpan di blockchain itu sendiri.

Untuk projek perintis ini, FS sedang bekerjasama dengan Consensys, salah sebuah syarikat perisian terkemuka di arena blockchain. Consensys telah membangunkan DApp untuk pengenalan identiti diri, yang mana sijil tidak semestinya diterbitkan di blockchain, tetapi hanya disalin ke komputer peserta yang ramai di dalam rangkaian.

Salinan boleh disulitkan supaya pemilik nod tertentu di rangkaian masing-masing boleh membuat keputusan berdasarkan kes demi kes untuk membolehkan peserta lain rangkaian melihat sijil tersebut. Oleh itu, teknologi blockchain sebenarnya membolehkan kelayakan fizikal menjadi mudah alih untuk pelajar FS. Ini menjadikan FS institusi pendidikan pertama di Jerman menawarkan sijil-sijil berasaskan teknologi blockchain untuk para pelajarnya.

Sumber:

https://cointelegraph.com/news/german-frankfurt-school-to-issue-blockchain-based-course-certificates

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.