Default – Above Header Ads

Futures Fizikal Bitcoin, Ethereum dan Bitcoin Cash Bakal Dilancarkan

 

CoinFLEX berkata ia akan melancarkan futures fizikal Bitcoin, Ethereum dan Bitcoin Cash dalam beberapa hari. Syarikat yang beroperasi di Hong Kong itu adalah daripada Coinfloor, bursa pertukaran paling lama UK, dan sebahagiannya dimiliki oleh Roger Ver dan Syarikat fintech yang beroperasi di Chicago, Trading Technologies International.

CoinFlex baru sahaja melancarkan laman webnya dan merancang untuk menawarkan klien Asia sehingga 20x leverage ke atas ketiga-tiga matawang kripto.

Sejak beberapa bulan yang lalu, komuniti kripto meminta futures bersandarkan aset fizikal, yang dibayar dengan matawang kripto, bukannya tunai. Dalam temubual bersama Bloomberg baru-baru ini, CEO CoinFLEX Mark Lamb menerangkan kepentingan futures ini:

“Jika anda berdagang dengan futures yang diselesaikan dengan wang tunai, anda terdedah kepada manipulasi indeks pada waktu penyelesaian. Jika anda market maker di mana anda membuat perdagangan basis, iaitu apabila anda arbitrage pasaran spot dan tunai, pasaran tunai vs pasaran futures, apa yang anda perlu yakin adalah, pada waktu tamat tempoh, anda tahu apa yang anda akan dapat…

Dengan futures bersandarkan aset fizikal, ia mengaitkan harga future dengan harga sebenar aset itu kerana pada waktu tamat tempoh, semua orang tahu apa yang mereka dapat. Semua orang yang short, menghantar Bitcoin, menerima tunai. Semua orang yang long, menghantar tunai dan menerima Bitcoin. Itu yang membolehkan futures jenis ini untuk digunakan lebih dari sekadar spekulasi. Mereka alat spekulatif yang bagus, tetapi mereka juga berguna untuk hedging komersial, hedging risiko pelombong, hedging dan perdagangan OTC atau membuat pasaran.”

Sumber:

https://dailyhodl.com/2019/02/21/physically-backed-crypto-futures-for-bitcoin-ethereum-and-bitcoin-cash-set-for-imminent-launch/

===

Jika anda mahu berdiskusi dan bertanya tentang bitcoin, matawang kripto (cryptocurrency) dan teknologi blockchain di Malaysia. Anda dijemput bersama-sama komuniti Bitcoin Malaya di FB dan @CoinDotMy di Telegram. Jangan lupa ikuti kami di Twitter dan Instagram!

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.

Default – Between Post Ads