Default – Above Header Ads

Gergasi IT Global Ingin Implementasi Teknologi Ripple

 

Firma konsultan IT global dengan klien seperti Citibank UK, General Electric dan Microsoft berkata ia akan menawarkan cara baru untuk menghubungkan bank dan institusi kewangan kepada platform teknologi pembayaran merentasi sempadan Ripple.

Tata Consultancy Services (TCS), yang melaporkan keuntungan yang disatukan (consolidated) sebanyak $19 bilion untuk tahun berakhir 31 Mac 2018, berkata penyelesaian blockchain Quartz kini sesuai dengan RippleNet.

“Penyelesaian Quartz Cross Border Remittances membolehkan bank/sistem pembayaran untuk berhubung dengan infrastruktur pembayaran berdasarkan DLT (seperti RippleNet) untuk memproses transaksi merentasi sempadan.

Quartz Gateway menghubungkan sistem Pembayaran TCS BaNCS dengan platform pembayaran berdasarkan blockchain menggunakan API, dan perkhidmatan sokongan berkaitan dengan FX Quote dan akaun penerima atau debit/kredit. Menggunakan pendekatan ini, sistem teras/sedia ada yang beroperasi di bank/institusi pembayaran yang lain tidak perlu melalui perubahan dalam berhubung dengan platform blockchain, kerana kerumitan ini akan diserap oleh Quartz Gateway.”

TCS adalah sebahagian daripada Tata Group, konglomerat multinational India yang beroperasi di Mumbai, Maharashta, India. Syarikat itu berkata platform perbankan global yang dipanggil TCS BaNCS berkhidmat untuk lebih daripada suku daripada populasi dunia, memproses lebih daripada satu bilion akaun.

“Dilancarkan di lebih 450 lokasi seluruh dunia, ia adalah koleksi komponen, enterprise, dan aplikasi pelanggan terbesar untuk industri kewangan yang boleh didapati melalui cloud, membantu firma menjadi lebih agile dan bijak dengan menggunakan kuasa ekosistem baru.”

Syarikat itu menggambarkan penyelesaian blockchainnya, Quartz sebagai API yang berhubung dengan infrastruktur pembayaran lejar teragih sedia ada dan platform blockchain untuk memberi syarikat kebolehan untuk implementasi penyelesaian pembayaran real-time dan yuran pertukaran asing yang lebih rendah. Ia akan membolehkan penjejakan transaksi serta-merta, menambah kecairan dan mengurangkan kos audit overhead.

Sumber:

https://dailyhodl.com/2019/04/07/global-it-giant-adopts-ripple-technology-will-it-bring-xrp-and-crypto-to-the-mainstream/

===

Jika anda mahu berdiskusi dan bertanya tentang bitcoin, matawang kripto (cryptocurrency) dan teknologi blockchain di Malaysia. Anda dijemput bersama-sama komuniti Bitcoin Malaya di FB dan @CoinDotMy di Telegram. Jangan lupa ikuti kami di Twitter dan Instagram!

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.