Default – Above Header Ads

Gergasi Perbankan Global HSBC Melancarkan Sistem Receivables Berdasarkan Tokenisasi untuk India

Kumpulan perbankan global besar HSBC telah mengimplementasi teknologi tokenisasi ke dalam infrastruktur receivables untuk klien korporat di India, menurut pengumuman pada 18 Jun.

Syarikat perkhidmatan kewangan multinasional British itu dilaporkan telah melancarkan Digital Accounts Receivable Tool (HSBC DART), berdasarkan teknologi tokenisasi yang dibangunkan oleh syarikat fintech blockchain Australia Identitii Ltd., menurut firma itu dalam pengumuman itu.

HSBC DART dibangunkan untuk bisnes Global Liquidity and Cash Management (GLCM) HSBC dan menggunakan pendekatan Identitii kepada tokenisasi dalam infrastruktur HSBC sedia ada untuk menambah baik proses yang terlibat.

Instrumen itu direka bentuk untuk menjadikan proses accounts receivables (AR) otomatik untuk pelanggan korporat HSBC dan rangkaian pembeli mereka, membolehkan lapisan komunikasi yang selamat antara peserta rangkaian dan mengurangkan kerja manual seperti dokumentasi pembayaran invois. AR adalah baki wang yang perlu dibayar kepada firma untuk barangan atau perkhidmatan yang diberi tetapi masih belum dibayar oleh pelanggan.

Dalam pengumuman itu, Identitii mendedahkan perancangan HSBC untuk mengembangkan HSBC DART ke pasaran baru di Asia.

Ditubuhkan pada tahun 1865 di British Hong Kong, HSBC yang beroperasi di UK adalah bank ketujuh terbesar di dunia menjelang 2018, dan terbesar di Eropah, dengan jumlah aset sebanyak $2.6 trilion. Pada pertengahan Mac 2019, HSBC melaporkan sedang mencari rakan kongsi perbankan di Korea Selatan untuk melancarkan platform blockchain Voltron.

Sebelum ini, HSBC melaporkan tentang implementasi teknologi blockchain dalam penyelesaian perdagangan forex yang mengurangkan kos operasi sebanyak 25%.

Sumber:

https://cointelegraph.com/news/global-banking-giant-hsbc-launches-tokenization-based-receivables-system-for-india

===

Jika anda mahu berdiskusi dan bertanya tentang bitcoin, matawang kripto (cryptocurrency) dan teknologi blockchain di Malaysia. Anda dijemput bersama-sama komuniti Bitcoin Malaya di FB dan @CoinDotMy di Telegram. Jangan lupa ikuti kami di Twitter dan Instagram!

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.

Default – Between Post Ads