Default – Above Header Ads
Default – Below Header Ads

Gergasi Runcit Carrefour Implementasi Blockchain Ke Dalam Rantaian Bekalan

 

Gergasi runcit Perancis, Carrefour telah meneruskan pembangunan blockchain dengan implementasi teknologi itu untuk menjejak susu, menurut sidang media pada 1 Mac.

Bermula daripada bulan Mac, gergasi runcit itu akan secara perlahan-lahan melancarkan produk berdasarkan blockchain, susu lemak penuh tapisan mikro dengan Carrefour Quality Line (CQL). CQL dikatakan akan menjamin pelanggan penjejakan sempurna produk itu di seluruh Rantaian bekalan – dari peladang ke rak kedai.

Dengan CQL, pengguna boleh melihat koordinat GPS peladang di mana susu itu dikutip, mendapatkan maklumat tentang bila susu diambil dan dipek, dan juga mencari stakeholder yang terlibat dalam barisan produk.

Produk baru Carrefour telah mengikuti beberapa implementasi blockchain sebelum ini oleh gergasi runcit itu. Pada November 2018, Carrefour melancarkan penyelesaian penjejakan makanan berdasarkan Hyperledger untuk menjejak ayam free-range yang berjenama “Calidad y Origen” di Sepanyol.

Sebelum ini, syarikat itu telah menyertai rangkaian penjejakan makanan berdasarkan blockchain IBM yang dipanggil Food Trust, mengikuti pengeluar makanan seperti Nestle, Dole Food, Golden State Foods dan lain-lain.

Di penghujung 2018, satu lagi kumpulan peruncit Perancis, Auchan, mengembangkan penyelesaian FoodChain TE-FOOD ke lima negara selepas ujian selama 18 bulan di Vietnam. Produk blockchain itu, yang membolehkan sistem pemantauan untuk menjejak produk terpilih, boleh didapati di Perancis, Itali, Sepanyol, Portugal dan Senegal.

Sumber:

https://cointelegraph.com/news/retail-giant-carrefour-applies-blockchain-for-tracking-milk-product-supply-chain

===

Jika anda mahu berdiskusi dan bertanya tentang bitcoin, matawang kripto (cryptocurrency) dan teknologi blockchain di Malaysia. Anda dijemput bersama-sama komuniti Bitcoin Malaya di FB dan @CoinDotMy di Telegram. Jangan lupa ikuti kami di Twitter dan Instagram!

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.

Default – Between Post Ads