Default – Above Header Ads

GMO Akan Lancarkan Stablecoin Berasaskan Yen

 

Konglomerat Teknologi Jepun, GMO telah mengumumkan bahawa ia akan melancarkan stablecoin yang disandarkan kepada yen tahun depan. Menurut pengasas dan presiden GMO, Masatoshi Kumagaii, stablecoin yang akan dikenali sebagai GMO Japanese Yen (GJY) akan dikeluarkan di Asia. Aset yang menyokong stablecoin itu akan disimpan di Jepun di mana firma teknologi itu sudah mempunyai lesen perbankan.

Selain membantu perniagaan GMO, stablecoin ini akan memainkan peranan penting dalam membantu konglomerat teknologi tersebut menyelesaikan urus niaga untuk perniagaan lain termasuk ladang perlombongan mata wang kripto yang beroperasi. Selain daripada perniagaan perlombongan kripto yang mula beroperasi tahun lepas, GMO juga membuat perkakasan perlombongan kripto. Di samping itu, GMO juga menjalankan bursa pertukaran mata wang kripto yang dilancarkan pada Mei 2017.

Pengumuman oleh GMO datang pada saat jumlah stablecoin semakin meningkat. Sementara Tether masih bertakhta sebagai stablecoin dominan di seluruh dunia, GMO menganggarkan bahawa jumlah stablecoin kini berada pada sekitar 57 dengan 23 daripada mereka sudah digunakan dengan meluas.

Sumber:

https://www.gmo.jp/news/article/6177/

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.