Default – Above Header Ads
Default – Below Header Ads

Goldman Sachs Batalkan Projek Meja Perdagangan Kripto

 

Bank pelaburan Goldman Sachs dilaporkan telah membatalkan rancangan untuk melancarkan meja perdagangan mata wang kripto, setakat ini. Memetik laporan “individu yang mengetahui perkara itu,” keputusan itu telah dibuat kerana keadaan pengawalseliaan di A.S. masih kabur berkenaan mata wang kripto.

Bagaimanapun, gergasi perbankan itu tidak meninggalkan idea itu sepenuhnya, tetapi menolak projek ini dari senarai keutamaannya dan berkemungkinan untuk membuka meja perdagangan kripto pada masa akan datang. Lagipun, rancangan Goldman Sachs untuk memulakan perkhidmatan penjagaan mata wang kripto kelihatannya masih berjalan, dengan memetik keperluan “perkhidmatan jagaan mata wang kripto yang bereputasi” untuk meningkatkan keyakinan di sekitar penglibatannya dalam mata wang kripto di firma Wall Street.

Bank ini mula mendedahkan untuk mempunyai minat dalam usaha perdagangan kripto pada Oktober 2017, walaupun dikatakan berada di peringkat awal untuk meneroka idea tersebut. Goldman Sach juga sedang bersedia untuk melancarkan “versi kontrak niaga hadapannya yang lebih fleksibel, yang akan ditawarkan kepada pelanggan.”

Sumber:

https://www.businessinsider.com/goldman-sachs-retreats-from-launching-crypto-trading-desk-2018-9?IR=T

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.

Default – Between Post Ads