Default – Above Header Ads

Google Akan Benarkan Iklan ‘Bursa Kripto Yang Dikawal Selia’ Bulan Depan

 

Google telah mendedahkan bahawa ia akan mula membenarkan iklan pertukaran mata wang kripto di A.S. danJepun, bermula pada bulan Oktober. Dalam kemas kini baru untuk dasar pengiklanannya, Google menegaskan bahawa iklan akan dibenarkan untuk laman bursa pertukaran kripto yang “dikawal selia”, menjelaskan: “Dasar Iklan Google mengenai produk dan perkhidmatan kewangan akan dikemaskini pada bulan Oktober 2018 untuk membolehkan pertukaran mata wang kripto yang dikawal selia untuk mengiklankan produk mereka di Amerika Syarikat dan Jepun. ”

Google adalah salah satu daripada beberapa syarikat yang melarang iklan bursa pertukaran kripto tersebut dari platformnya, namun pengharaman iklan berkaitan tawaran syiling permulaan (ICO) masih berjalan seperti biasa. Platform seperti Facebook dan Twitter juga termasuk di antara mereka yang meletakkan larangan terhadap iklan bursa pertukaran kripto, walaupun pada bulan Jun, Facebook telah mengurangkan beberapa kawalan tersebut.

Pengumuman itu turut menawarkan beberapa butiran tambahan, namun ia masih belum dapat dilihat dengan jelas bagaimana pelaksanaannya akan dilakukan. “Para pengiklan perlu mengesahkan dengan Google untuk negara mana iklan mereka akan ditayangkan. Pengiklan akan dapat memohon pengesahan sebaik sahaja dasar ini dilancarkan pada bulan Oktober. Dasar ini akan diguna pakai secara global ke semua akaun yang mengiklankan produk kewangan ini,” menurut pengumuman Google tersebut.

Sumber:

https://support.google.com/adspolicy/answer/9142422

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.

Default – Between Post Ads