Default – Above Header Ads

Google Senarai Hitam ‘Ethereum’ dalam Kata Kunci Google Ad

 

Google dilaporkan telah menyenarai hitam kata kunci yang menyebut Ethereum dalam platform Google Ads, startup audit smart contract Decenter mendakwa dalam tweet pada 10 Januari.

Akaun rasmi Google ads telah membalas tweet itu dengan mengatakan bahawa bursa pertukaran yang tertumpu kepada Amerika Syarikat dan Jepun boleh diiklankan di platform tersebut, dan mensasarkan negara lain mungkin adalah penyebab iklan ditolak.

Apabila Decenter menerangkan bahawa sekumpulan pembangun yang membuat audit keselamatan smart contract dan mereka mendapati mesej error apabila cuba menggunakan kata kunci “perkhidmatan pembangunan ethereum” dan “audit sekuriti ethereum”, akaun rasmi Google Ads membalas:

“Walaupun kami tidak boleh mengesahkan sama ada kata kunci anda boleh digunakan untuk iklan, kami rekomen anda merujuk kepada Bahagian ‘Matawang Kripto’ dalam polisi kami untuk produk dan Perkhidmatan kewangan.”

Apabila Decenter bertanya kepada komuniti Ethereum di Reddit tentang perubahan polisi Google Ads, ini adalah mesej error yang mereka dapat:

Komen teratas dalam Reddit mengkritik pendirian Google sebagai pihak ketiga yang neutral, mengatakan:

“Google mempunyai banyak agenda politik dan ekonomi, dan mereka sanggup menggunakan Perkhidmatan mereka untuk mempromosi pendirian mereka. AdSense dan Youtube sangat terkenal untuk ini, tetapi terdapat beberapa insiden berkaitan play store juga.”

Seperti yang dilaporkan Cointelegraph pada bulan Mac tahun lalu, Google melarang iklan berkaitan matawang kripto pada Jun 2018, menurut polisi Perkhidmatan Kewangan yang telah dikemas kini.

Namun begitu, Google mengumumkan pada September 2018, ia akan akan menukar polisi iklan di Oktober, kembali membenarkan beberapa bisnes kripto mengiklankan produk mereka di platform Google, khususnya iklan yang tertumpu di Amerika Syarikat dan Jepun. 

Sumber:

https://cointelegraph.com/news/google-reportedly-blacklists-ethereum-as-a-google-ad-keyword-startup-claims

===

Jika anda mahu berdiskusi dan bertanya tentang bitcoin, matawang kripto (cryptocurrency) dan teknologi blockchain di Malaysia. Anda dijemput bersama-sama komuniti Bitcoin Malaya di FB dan @CoinDotMy di Telegram.

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.

Default – Between Post Ads