Hampir Separuh Dari Millenials Percaya Kripto Lebih Dari Pasaran Saham AS
Hampir separuh daripada pedagang online millenial percaya matawang kripto daripada pasaran saham AS, menurut survey baru dari eToro, sebuah platform pelaburan. Malah dalam kalangan millenial yang tidak berdagang dalam kript, satu pertiga berkata mereka akan percaya kripto lebih dari pasaran saham, menunjukkan perubahan dalam kepercayaan generasi, Menurut Guy Hirsch, pengarah urusan eToro AS.
“Disebalik perubahan ini adalah perubahan dalam kelas aset sendiri,”Hirsch berkata.
“Pengalaman pelabur muda dengan pasaran saham telah melihat banyak kerugian, dengan kejatuhan Lehman Brothers kerana praktis yang tidak bertanggungjawab diikuti kegawatan ekonomi yang paling teruk sejak Great Depression. Kepercayaan semakin jatuh apabila rakyat Amerika melihat ratusan bilion dolat duit permbayar cukai dimasukkan ke dalam institusi kewangan besar sementara simpanan mereka hilang dan bagaimana bank mendapat duit percuma melalui quantitative easing sementara kos sara hidup semakin meningkat.”
“Immutability adalah ciri asas blockchain yang menjadikan audit pada masa itu masuk akal dan jimat kos dan kerana Itulah millenial dan Gen X melihat bursa petukaran kripto sebagai subjek manipulasi yang sedikit dan tempat di mana pemain jahat diberi ganjaran dalam bentuk duit pembayar cukai.”
Semakin banyak pelabur yang menjadi lebih pandai dalam blockchain dan kripto, kita akan melihat trend ini berterusan, menurut jangkaan Hirsch.
Survey yang tertumpu di AS itu dijalankan oleh Provoke Insights, yang juga melihat pelabur dalam semua kumpulan umur termasuk millenial teruja dengan prospek institusi kewangan tradisional menawarkan aset kripto, menunjukkan permintaan untuk penawaran kripto institusi.
Dalam kalangan pelabur di seluruh kumpulan umur yang tidak berdagang dalam kripto, 59% berkata mereka akan melabur dalam kripto jika ia ditawarkan oleh institusi kewangan tradisional. Sementara itu, 92% daripada pelabur kripto sedia ada akan melabur lebih banyak duit jika institusi kewangan tradisional menawarkannya.
Satu lagi penemuan utama adalah peningkatan permintaan untuk produk kripto alternatif dengan separuh daripada pelabur menunjukkan minat alokasi kripto dalam perancangan 401k mereka. Walaupun permintaan untuk portfolio 401k bertambah, beberapa perubahan penguatkuasaan dan pasaran perlu terjadi dahulu sebelum ia menjadi tawaran mainstream, Hirsch berkata.
“Kita perlu melihat lebih banyak penasihat menambah pengetahuan tentang aset kripto dan menjadi selesa untuk rekomen klien mereka untuk berpindah ke pasaran kripto dari pasaran ekuiti tradisional.”
Produk alternatif kripto popular lain Menurut peserta survey adalah pinjaman kripto, dengan 76% pelabur online menunjuk minat mereka untuk mendapat faedah ke atas aset kripto, dan 47% berminat untuk membuat pinjaman kripto.
Sumber:
https://coinjournal.net/nearly-half-of-millennials-trust-crypto-more-than-us-stock-market-survey/
===
Jika anda mahu berdiskusi dan bertanya tentang bitcoin, matawang kripto (cryptocurrency) dan teknologi blockchain di Malaysia. Anda dijemput bersama-sama komuniti Bitcoin Malaya di FB dan @CoinDotMy di Telegram. Jangan lupa ikuti kami di Twitter dan Instagram!