Default – Above Header Ads
Default – Below Header Ads

Harga Bitcoin akan Mencecah $250K Menjelang Q1 2023, Menurut Tim Draper

Harga Bitcoin akan masih mencecah $250,000 tetapi statusnya sebagai aset safe haven mungkin menyebabkan pelabur menunggu lebih lama dari yang dirancang, menurut pelabur VC Tim Draper.

Bercakap dalam temubual dengan Yahoo! Finance pada 9 Ogos, Draper yang sangat bullish menekankan jangkaannya bahawa Bitcoin akan mencecah $250,000 menjealng 2023. Walaupun begitu, disebabkan trend masa kini, mungkin akan terdapat sedikit kelewatan untuk harga itu menjadi realiti.

“Ia telah stabil lebih daripada yang dijangka,” dia memberitahu rangkaian itu.

Dia menambah:

“Saya ingat akan terdapat lebih banyak pesaing yang akan menjadi relevan, tetapi orang ramai pergi ke Bitcoin kerana ia desentralisasi.”

Draper dikenali dengan ramalan harga Bitcoinnya, sesuatu yang dia telah berulang kali nyatakan selama ini. Kini, dia mempertimbangkan tempoh masa untuk ramalan itu dipenuhi dalam masa empat tahun akan datang.

“$250,000 menjelang 2022, dan saya hedging sedikit, mungkin Q1 2023,” dia menambah.

Seperti yang dilaporkan Cointelegraph, kestabilan yang disebut Draper telah melihat lebih banyak sokongan minggu ini memandangkan ketidak stabilan di China yang menyebabkan pemindahan kapital ke Bitcoin.

Jika ramalan itu tidak menjadi realiti menjelang 2023, Draper masih lagi tidak menyebut apa yang dia akan lakukan.

Sumber:

https://cointelegraph.com/news/bitcoin-price-will-hit-250k-by-q1-2023-despite-consolidation-says-tim-draper

===

Jika anda mahu berdiskusi dan bertanya tentang bitcoin, matawang kripto (cryptocurrency) dan teknologi blockchain di Malaysia. Anda dijemput bersama-sama komuniti Bitcoin Malaya di FB dan @CoinDotMy di Telegram. Jangan lupa ikuti kami di Twitter dan Instagram!

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.