Harga Bitcoin Meroket ke $5,106, Menaikkan Altcoin Lain – Pengasas Hedge Fund Mengatakan ‘Ribut Akan Datang’
Selepas terapung di atas $4,000 untuk beberapa hari, Bitcoin akhirnya naik. Bitcoin mencecah setinggi $5,106 di Bitfinex – all-time high terbaru untuk tahun 2019.
Ketidakstabilan tiba-tiba dalam masa 14 jam ini selaras dengan julat perdagangan Bitcoin yang rapat tiga bulan yang lalu, apabila Bitcoin berada di antara $3,217 dan $4,000.
Pandangan keseluruhan dari Coin360 menunjukkan Bitcoin kini berdagang dalam lebih kurang $4,692 sewaktu penulisan, kenaikan sebanyak 14%. Ethereum berdagang pada $150.83, kenaikan 6.06%. XRP berdagang pada $0.3323, kenaikan 6.77%. Litecoin pula berdagang pada $67.42, kenaikan sebanyak 11.17%.
Jumlah perdagangan untuk matawang kripto terbesar juga telah meroket, naik 125% dari $289.5 juta ke $655.2 juta di Real 10 Volumes Index dalam masa enam hari lalu.
Rakan kongsi pengasas hedge fund kripto Tetras Capital, Brendan Bernstein berkata dia percaya ribut akan datang untuk Bitcoin dan matawang kripto.
Bernstein menulis tujuh sebab utama mengapa dia tidak bullish terhadap BTC, termasuk quantitative easing yang berterusan, persaraan generasi baby boomers, pilihan raya Amerika Syarikat akan datang dan pembahagian Bitcoin pada May 2020 akan datang.
Theres a perfect storm for BTC right now
– Democratic socialism
– MMT (Modern monopoly money theory)
– QE infinity
– 10k boomers retiring daily (entitlements skyrocketing)
– 2020 election
– US interest expense > tax receipts by 2022
– BTC halving in 2020Never been more bullish
— Brendan Bernstein (@BMBernstein) March 29, 2019
Membalas tweet Bernstein, pengasas bersama dan ketua penyelidik Fundstrat Tom Lee menambah dengan mengeluarkan imej “penumpuan positif” untuk Bitcoin dalam tahun 2019.
Menurut Lee:
“Memang terdapat faktor makro yang menjadi positif untuk BTC. Beberapa daripadanya yang negatif pada tahun 2018.”
Sumber:
===
Jika anda mahu berdiskusi dan bertanya tentang bitcoin, matawang kripto (cryptocurrency) dan teknologi blockchain di Malaysia. Anda dijemput bersama-sama komuniti Bitcoin Malaya di FB dan @CoinDotMy di Telegram. Jangan lupa ikuti kami di Twitter dan Instagram!